Kisah ni bermula dengan…
“Guys!!! Bangun lah cepat!! Kita dah lambat gila ni!” suara seorang gadis yang siap berpakaian yang dipanggil Kuro itu memecahkan keheningan rumah bernombor 304 itu.
“releks la…ada 10 minit lagi…”balas seorang budak lelaki. Dia dipanggil Kei di kalangan rakan-rakannya. “buat apa pun nak bangun cepat-cepat?” sambungnya lalu menyelesakan dirinya di atas futon yang lembut itu.
“Micky, Ryu, Kei, Syn, bangun!!! Hari ni kita dah start sekolah lah!!” seorang budak lelaki bernama Rainy dengan baju yang tak sempat dibutangkan bersuara dan menyentap selimut yang melindungi empat orang rakannya dari kesejukan pagi itu. Seraya menyatakan satu maklumat. Hari pertama sekolah.
“OMG!!!” Ryu pantas bangun dengan rambutnya yang kusut masai.
“Ack!!” nyata kei baru tersedar dari tidurnya.
“har…?” seperti biasa, Syn tidak peduli. Bukan masalahnya fikirnya. Walaupun kalau difikirkan dengan logic akal, dia adalah seorang pelajar dan ini memang masalahnya.
“ah, aku dah siap.” tiba-tiba seseorang menyampuk. Jejaka yang berwajah rupawan ini memang mengelirukan sesiapa sahaja. Ditambah lagi dengan rambutnya yang panjang dan perilakunya yang sopan, Micky mampu mengelirukan semua orang tentang jantinanya yang sebenar. Seorang lelaki.
“mangai….cepat betul Micky mandi, baru tadi aku kejut…” bisik Kuro dalam hati. Sepatutnya dia tidak terkejut. Kawan-kawannya itu semuanya pelik-pelik dan nyata unik. Dan dia adalah orang paling arif tentangnya.
Ya, jejaka-jejaka yang tak reti-reti nak bangun untuk ke sekolah. Kisah jenis apa agaknya yang bakal tercoret dengan permulaan sebegini? Entahlah…nampaknya nak tahu, kita kenalah merungkai penulisan ini satu demi satu…
“SYN!! Cepatlah! Aku pun nak mandi larh!!!!” jerit kei yang hanya dibaluti tuala sambil mengetuk pintu bilik air dengan ganas.
“sabarlah!! Bising lah! Jangan lah ketuk kuat-kuat! Roboh pintu ni nanti kang!!” jerit Syn dari dalam bilik air.
“peduli apa aku! Kau lelaki!! Aku lelaki! Nak malu apa kalau ye pun pintu ni roboh!” bals kei, ketukannya semakin kuat.
“habis tu, Kuro yang kat luar tu lelaki gak ke?!! Hah?! Mangkuk!!! Lagi lama aku mandi kang!” marah Syn sambil mengugut.
“hei!! Kasut siapa pulak ni?! mana baju sekolah aku?!!!” teriak Ryu dari tingkat atas.
“ARGH!! Cepatlah!!!!” teriak Kuro. teruk manapun perangainya dia paling tak suka lewat.
“aha..ha..ha…nampaknya tahun ni pun kita lambat datang sekolah lagilah…” kata Micky sambil tersenyum.
“aku tak faham macam mana kau boleh tenang, Micky.” Kata Rainy. Meluahkan ayat yang langsung tak kena kerana dia sedang duduk di dapur sambil menghirup choco milk dengan perlahan-lahan…
-------------------------------------------------------------------------------------
Sekolah…tiada apa yang pelik dengan sekolah yang dipanggil Ogurabashi High School dengan sekali imbas. Kecuali untuk penduduk yang dah lama berada di kawasan itu, mereka jelas bahawa sekolah ini adalah di ambang kejatuhan tak lama dahulu. Tetapi tiba-tiba sekolah ini bangkit dan menjadi gah malah meniti mulut masyarakat. Hari ini, seorang guru berkaca mata baru sahaja ditugaskan untuk mengajar di sini.
“baiklah murid-murid saya Mr.Koji. saya jadi homeroom teacher kamu tahun nie..dalam kelas saya,saya paling pantang pelajar yang tidak respect cikgu n datang lewa…”cikgu itu memperkenalkan diri dan sekaligus amaran pertama. Tetapi sebelum dia menghabiskan ucapannya, ianya telah dipotong oleh sesuatu.
“NANTI!! TUNGGU!!!” kedengaran hiruk pikuk jeritan dari koridor. Dan bunyi bising itu semakin menghampiri.
Muka pelajar kelas 4-A1 berubah pucat. Peluh dingin menitis dari dahi mereka. Suara itu amat dikenali dan seboleh-bolehnya tak mahu didengari di halwa telinga mereka. Suara-suara yang boleh meniupkan mimpi ngeri di dalam dunia lamunan indah mereka.
“sori kitorang lambat!! Ad masalah sket..hehehe” ucap pelajar yang dihadapan sekali sebaik sahaja sampai dimuka pintu kelas. Mereka berenam termengah-mengah kerana berlari tadi. Well, lebih tepat lagi berlima sahaja. Kei kelihatan tenang sahaja.
“dan aku ingat diorang semua dah takkan bersekolah kat sini. Transfer ke hape. Rupa-rupanya mereka Cuma lambat…6 MIMPI NGERI Ogurabashi…siapa makhluk dalam sekolah ni tak kenal mereka? Menakutkan, tetapi ramai juga yang suka mereka pada masa yang sama…” fikir pelajar kelas 4-A1.
“wah! Bagus betul rasa dapat tengok sekolah ni dan muka-muka korang. Hahaha!!!” kata Kuro. nanti…adakah ketawanya itu tanda kegembiraan atau apa maksud tersembunyi…??
Rainy hanya tersenyum. Dia tak banyak bercakap.
Ryu dengan happy-go-lucky nya melompat-lompat di hadapan kelas dan melambai-lambai tangannya.
“hai…” kata Micky sepatah dan tersenyum.
“ha…i~~~~~” pelajar-pelajar lelaki memberikan respond. Bukan mereka tak tahu Micky lelaki. Tapi itu tak mengubah hakikat yang Micky tetap cantik.
“Yo!” Kei menyeringai dan mengangkat tangannya.
Serentak dengan itu jeritan ibarat histeria memenuhi kelas itu memanggil-manggil namanya. Dasar kasanova…ramai sungguh perempuan yang tergila-gilakannya.
“eh, dahla…jom duduk. Penat lah. Seat kitorang available lagi tak?” tanya Kuro rambang.
“no one in the right mind will take all you guys seats. Moreover, no one wants to get close enough to you. I mean all of you.” Kata renji. Ada kebenaran di sebalik kata-katanya. Meskipun ada juga yang menganggap mereka berenam sebagai idola tetapi, tiada siapa berani hendak mendekati mereka. Malah tempat duduk mereka berenam terasing daripada pelajar lain. Kecuali Renji.
“Oh Renji…still with your English, huh? Wait, wait, did you said no one? Then, isn’t you getting too close with us? Hmmm…?” tanya Kuro kembali.
“hahaha…speak for yourself! You even more boyish now! And yeah, I guess you are right…I am getting too close with you guys.” Balas Renji lalu tertawa.
“wei, sampai bila nak borak? Meh la duduk.” Kata Ryu memecah keheningan. Kelihatan yang lain sudahpun mengambil tempat duduk mereka di belakang kelas.
“ya, ya…jom ar Rainy.” Kata Kuro lalu mula melangkah.
“nanti!” Mr.Koji membentak dan menarik rambut Rainy yang berjalan di belakang sekali. “siapa korang nie hah?! Datang lambat! Biadap lak tu! Saya paling benci orang lewat! Pastu pakaian pun selekeh! Cuba ikat tali leher ni betul-betul. Ni rambut panjang! Telinga bertindik!! Tak tahu ikut peraturan ke? Kau ni lelaki ke perempuan hah? Rambut tak reti nak potong ke?!” sambungnya sambil menujal dahi Rainy, mencengkam kolarnya.
“c-cikgu..b-baik lepaskan R-Rainy….” Terbit bisikan bercelaru dari kalangan pelajar kelas itu.
Baru sahaja Mr. Koji mula tertanya-tanya mengapa pelajar barunya resah. Kuro telahpun mencapai kolarnya. Dia sedikit tercekik.
“wei, cikgu kerek!! Jangan kau sekali-kali berani nak
sentuh member aku!! Walaupun seorang! Kalau tak kitorang akan pastikan kau menyesal dengar even tahu pasal kitorang! Faham?! Ni amaran pertama dan terakhir daripada kitorang! Simpan ni dalam otak kau elok-elok! Dan lagi satu, sekolah ni tak kisah tentang pilihan fesyen rambut murid mereka! Rambut cuma tutup telinga dan sentuh kolar dikira panjang ker?! Jangan berlagak tahu semua!” bentak Kuro bengang dengan cikgu baru itu.
“ya, ya…le-lepaskan saya dulu…” kata Mr.Koji. lehernya terasa tercekik.
“dah la tu Kuro. jom duduk.” Rainy meletakkan tangannya di bahu Kuro.
Kuro mendengus marah tetapi kemudian berpaling, bergerak ke arah tempat duduknya.
Selepas itu, sesi pembelajaran berlangsung seperti biasa. walaupun diganggu dengan pergaduhan Ryu dan Syn yang normal bagi pelajar lain. Keadaan tenang sehinggalah waktu rehat…
“hm…siapa lah bebudak ni ye? Biadap..tak reti takut lak
tu..berani betul ugut aku, seorang guru!! Aku mesti siasat tentang mereka!” bisik Mr.Koji sambil makan bentounya. Matanya galak merenung enam pelajar yang dianggap kurang ajar sejak pagi tadi.
“HAHAHA diorang tu adalah 6 MIMPI NGERI wahai guru…” tiba-tiba satu suara perempuan nyaring memecahkan lamunan Mr.Koji.
“kamu ni pula siapa? Tiba-tiba saja muncul. Malah tahu apa yang saya fikirkan. Ada telekinesis ke?” tanya Mr.Koji, hampir tersedak.
“saya adalah Mai, cikgu. Ketua kelas 4-A1 ini! Kalau cikgu nak tahu saya tiada telekinesis tetapi, ianya sentiasa soalan yang sama apabila terjumpa dengan mereka berenam untuk orang yang baru di sekolah ini.” Kata Mai. Dengan rambut yang diikat di kedua-dua belah dan aksesori gelap, dia kelihatan seperti seorang gothic yang agak bongkak.
“jadi? Kamu boleh beritahu saya tentang mereka?” tanya Mr.Koji. dia menunjukkan minat.
“tentu saja boleh…baiklah cikgu…nampak budak lelaki yang rambut panjang tu?” tanya Mai sambil menudiang kepada seseorang didalam kumpulan berenam itu. Lelaki itu sedang tersenyum. Nampak girang sekali.
“itu lelaki ke? Saya ingat perempuan tadi.” Bisik Mr.Koji.
“Name dia Micky…dalam group diorang Micky lah yang
Paling lemah lembut, peramah dan tak panas baran…tapi,
cikgu jangan cuba suruh dia gunting or selak rambut
yang tutup mata kiri dia. Pernah skali cikgu baru ikat
rambut die dari belakang and automatically terselak
rambut yang tutup mata kiri dia. Dia terus mengamuk.
Kebetulan time PJK tu ad geng dari sekolah lain datang
nak lawan ngan diorang. Seorang budak tu pegang bahu dia,
Micky belasah budak tu. In fact, seluruh group tu dia
sorang jer yang belasah. Memang bloody fight la. Pastu dia nak
belasah cikgu baru tu pulak..nasib baik ada budak yang panggil
member yang lain. Ada la tumbuk menumbuk sikit.
Tp, pastu Kei dapat lepaskan ikatan rambut tu..mata kiri dia
Terlindung balik. Micky terus brtenang. In fact, die macam tak
ingat je apa yang dia buat. Menurut Kei, Micky ada split
personality. Mata kiri dia cam other side, betul-betul
opposite dari Micky yg kita kenal…” terang Mai serius.
“betul ke ni? macam kartun je.” Kata Mr.Koji menyatakan
ragunya.
“yelah…ni cerita rekaan je. Janganlah banyak bunyi cikgu.”
“huh? Apa kamu cakap ni?”
“takde pape lah…lupakan je. Anyway, let’s continue. Cikgu nampak tak budak lelaki yang pakai cermin mata tu?” sambung Mai. “yang dikerumuni perempuan tu.”
“huh?” Mr.Koji membetulkan cermin matanya dan mengecilkan pandangannya untuk lebih menajamkan penglihatannya. “Oh…yang tu ya?” dia menunjuk apabila mengecam Kei.
“dia nampak macam bodoh-sengal jer tapi, dia la yang paling bijak dalam geng diorang, no…dalam skola nie! lepas dia dapat
tenangkan Micky dia terus jadi popular di kalangan budak
perempuan. Tapi, saya nasihatkn tak perlulah cikgu cuba
bertikam lidah dengan dia. Nanti cikgu yg dpt malu. Dia
tu kuat menyindir. dan jangan sibuk nak siasat pasal latar
belakang die. E.t.c asal usul, rumah, kehidupan dia…dia paling benci yang itu lah. Yang lain dia tak berapa nak
kisah sangat…” terang Mai endah tak endah seolah-olah tidak penting.
“owh…jadi kamu pon suka ke Kei tu?” tanya Mr.Koji.
“oh! Tidak! Tidak! Saya tak minat lelaki macam dia…budak lelaki yang saya minat lagi cool…hehehe…anyway, cikgu nampak
tak mamat yang tengah dengar earphone tu? Nama dia Syn.
Die ni jenis yang peduli tapi boleh tahan temper, lagi-lagi dengan Ryu. Cikgu pun nampak tadi kan? Time belajar pun bergaduh.
Rapat cam belangkas tapi asyik gaduh jer. Macam bergaduh tu cara dia menyatakan kasih sayang dia. Lagi satu, Syn
ni suka giler dengar muzik so, tak payah lah cikgu tegur dia time dia tengah dengar lagu. Bukannya dia dengar sebab lagu-lagu yang dia dengar semuanya jenis rebellious dan heavy punya. “kata Mai.
Mr.Koji memerhatikan pelajar yang bernama Syn yang dikatakan oleh Mai. Telinganya lekap dengan earphone dan dia meletakkan kepalanya di atas meja. “t-teruknya… muzik-muzik macam tu la banyak bawa pengaruh buruk!” bisiknya.
“ha, yang sebelah dia tu pula Ryu. Alah yang tengah tido tu la.” Kata Mai apabila Mr.Koji kelihatan seperti terpinga-pinga. “Dia
ni tak panas baran tapi, suka ikut rase hati je. Tak rasional
la senang cite. Suka bertindak melulu. Tapi, dia ni memang loyal, cukup setiakawan! Walaupon dia suka ikut perasaan, tak de siapa dapat pujuk atau sogok dia khianat kumpulan dia. dan lagi satu dia tidur. Bagus juga sebab kalau bangun pun, tak bising, dia akn ponteng kelas. Selalunya partner in crime dia Syn la. Tapi lepas tu diorang bertekak. Haaish…hubungan yang rumit.” Mai mengeluh.
Mr.Koji mengerutkan muka. Apa yang Mai katakan bagai tidak masuk akal. Tetapi, berdasarkan apa yang berlaku terhadap dirinya sendiri, semua itu nampak tak mustahil.
“ha! Yang tu cikgu! Yang tu! Tu la dia budak yang saya suka sangat!!” tiba-tiba Mai menjadi excited sambil menunjuk kepada seseorang yang baru masuk ke kelas dan mengambil tempat duduknya. Nama dia Rainy…ahh…hensem betul. Dia selalunya yang
redakan pergaduhan. Sikap dia cool sangat! Semua bende dia buat dengan tenang jer. Dia tak banyak cakap tapi, everthing he ever said is always sensible!! dan dia cukup penyabar but, janganlah buat dia marah. Sekali dia marah memang susah nak ditenangkan. Hanya seorang je yang dapat tenangkan dia. Even if Kei yang cuba ianya takkan berkesan! dan benda yang definitely dapat buat dia marah dan sedih dalam sekelip mata adalah bila Kuro sakit baik luka ataupun hati. Tapi, diorang bukanlah sepasang kekasih. Ada several things yang buat dia marah tapi, kalau tiba pasal Kuro dia la yang paling peka. Dalam otak dia penuh pasal Kuro jer! Grr..bengangnyer!!! argh!!!” cerita Mai penuh beremosi.
“budak yang macam tu kamu suka? Tapi, memang dia hensem pun. Sayang kurang ajar. Siapapun budak Kuro ni, kesian dia disukai oleh seseorang macam dia. Tapi, dia mesti seorang perempuan yang cantik untuk disukai oleh seseorang macam budak tu. Dah la, lupakan pasal Kuro ni, saya nak tahu siapa yang satu-satunya orang yang dapat tenangkan budak Rainy tu?” tanya Mr.Koji.
“haiya…cikgu ni memang lembap la!” kata Mai dramatis sambil menepuk dahinya. “Orang tu Kuro lah…dan budak yang sama gertak cikgu pagi tadi! Tak ingat ke?”
“hah?! Rainy tu songsang ke?!” Mr.Koji buat muka bagai tak percaya.
“hello? Cikgu tengok betul-betul Kuro tu budak pompuan la!
Walaupon dia dressing macam lelaki! Memula sekolah, kitorang pun ingat lelaki. dengan perangai kasar dia tu. Tapi, bila saya tengok gender dalam buku kedatangan tu rupa-rupanyer perempuan. Dengar cerita dia pakai uniform lelaki sebab murah, uniform perempuan terlalu mahal. Dia tak mampu. Plus, perangai dia memang kasar. Lagi senang berkawan dengan lelaki dari perempuan! dan dia juga la ketua diorang berenam. Rasanyalah. Despite dia pompuan dia la satu-satu orang yang dapat kawal diorang semua, walaupun bukan secara keseluruhan. dan dia tu kadang-kadang pelik. Tak hairan kalau tetibe bad mood. Saya tak tau tapi, dengar cerita diorang semua tinggal kat tempat sama. Jarang berjauhan. Kalau dia mengamuk cikgu jangan bising-bising. Makin menggila dia. Biar member dia yang uruskan kalau tak cikgu akan menyesal. Percayalah, dia akan dengar cakap mereka daripada cakap cikgu.” Kata Mai. Tetapi pada masa yang sama seperti menyampah.
“tak de yang marah ke budak tu dress up macam lelaki?”
Mai menjungkit bahu. “entah trick apa yang dia pakai, tak de
siapa yang pernah tegur.”
“ni lagi satu, kenapa diorang semua boleh tersumbat
dalam kelas yang sama? Kan tahap kepandaian mereka berlainan? Kamu juga yang kata Kei tu yang paling pandai dalam sekolah tapi Ryu agak lembab.” Tanya Mr.Koji.
“good point. Memula sebenarnya macam ni, Kei, Micky dan
Rainy dalam 4-A1, Kuro dan Syn dalam 4-A2, manakala, Ryu dalam 4-B1. Tapi, semua cikgu-cikgu hadapi masalah dengan perangai diorang yang amatlah susah nak dikawal dan selalu timbulkan masalah. The worst part is bila diorang out of control hanya member tertentu atau Rainy yang dapat kawal. Even cikgu tak tahu nak buat apa. Diorang cam dari satu sistem yg sama, saling sokong menyokong. Jadi, akhirnya cikgu decide supaya diorang semua duduk dalam kelas 4-A1 memandangkn kelas ni ada sikit je murid. That’s that.” Kata Mai.
“kenapa sampai camtu sekali? Cikgu-cikgu kat sini tak reti nak tegur ke? Apa hak diorang nak wat camtu? Hah?! Sekola ni ada peraturan! Mana boleh ikut sedap tekak diorang jer nak wat ape!!” mr.Koji membentak tidak bersetuju.
“well, pihak sekolah memang nak buat something pasal tu tapi,
Wahai cikgu…cikgu bayangkan lah ya…sekola ni dah nak lingkup, tak de pencapaian koko yang bagus akademik lagi lah, ke laut! mak bapak pun tak de nak hantar anak diorang ke sini. Lagipun sekolah tak terkawal. Kemudian muncul diorang berenam dan tetibe kate kitorang nak sekolah kat sini..skolah ni teruk…boleh tak? dengar cerita diorang cakap macam tulah. pengetua time tu memang hepi la sebab dah lama tak de murid apply kat sini. Walaupon diorang straight forward cakap yang sekolah nia teruk. Memang hakikatnya pun. Sebulan diorang bersekolah kat sini, akademik naik gegile smpai skola nie dapat pengiktirafan atas jasa Kei, dan Micky. Pastu, atas jasa Ryu n Syn koko sekolah ni plak bertambah bagus. Selalu menang perlawanan antara daerah. Rainy lebih cenderung membantu Kuro dengan mengawal sekolah melalui student council.”
“oh! I know…diorang ni ibarat permata kat sekolah
ni..walaupun pada masa yang sama ibarat racun juga…” Mr.Koji membuat konklusi.
“tahu pon.”
“kenapa pula dipanggil 6 MIMPI NGERI?”
“sebab perangai diorang yang jahat, tak berhati perut,
buat skola nie macam diorang yang punya dan suke ikut rasa diorang je! Tapi tak de sesapa yang berani nak lawan ngan diorang. Cikgu tak kisah sebab keadaan terkawal, malah, diorang dapat mengajar dengan tenang.”
“mustahil!!” bentak Mr.Koji menghentak mejanya. Tiba-tiba dia tersedar. “eh, waktu rehat dah habis ni! Apa kamu buat
kat sini lagi?! Pergi duduk tempat kamu balik!”
“yelah. Nak pergi la ni..hish tak menyabar! Tadi dia gak yang
banyak tanya.” Gerutu Mai sambil berlalu pergi.
“walaupun dengan penjelasan Mai tadi, semuanya macam tak benar je…tak boleh nak dijamin apa yang dia cerita…nantilah..aku tanya dari sumber lain.” Bisik Mr.Koji didalam hati.
-------------------------------------------------------------------------------------
Selepas waktu sekolah, kelihatan sekolah lengang kerana semua murid sudah balik.
“Cikgu Sousuke!! Cikgu Sousuke!!!” panggil Mr.Koji kepada guru pendidikan jasmani sekolah itu. Sousuke Ayame.
“oh…Mr.Koji rupanya. Kenapa nampak kelam kabut sangat ni?” Mr.Sousuke tersenyum.
“ni..sebenarnya cikgu…boleh saya tanya sesuatu tak?” kata mr.Koji.
“oh..silakan cikgu..apa yang cikgu nak tanya sangat nih..?” Mr.Sousuke menjawab ramah. Mr.Sousuke adalah antara guru yang paling disenangi oleh semua pelajar di sekolah ini. Malah, dia juga mempunyai fan club sendiri, memandangkan dia masih muda dan kacak.
“er…cikgu boleh bagitau saya tak pasal bebudak yang dalam
Kumpulan…Er…apa ye..namanyer? lupa la pulak..” Mr.Koji cuba mengingati.
Mr.Sousuke terpinga-pinga menanti apa yang Mr.Koji hendak nyatakan.
“ha!! Baru saya ingat!! Namanyer 6 Mimpi –Mimpi
Ogurabashi!(?)!! boleh cikgu ceritakan tentang mereka pada saya?” Mr.Koji berkata dengan gembira. Walau ternyata salah. 6 MIMPI NGERI dikatanya 6 mimpi-mimpi. Dimana ‘Ngeri’nya cikgu?
“erk!!! M—mimpi…n-ngeri..” muka Mr.Sousuke berubah pucat. “t…TAK!!! S—SAYA..T-TAK TAHU APA-APA!!! TAK!! J-JANGAN TANYA!! Oh..ya! s-saya ada Kerja! Itik saya di rumah belum mandi lagi! pergi dulu!!!!!” kata Mr.Sousuke kemudian berlari secepat mungkin. Menjauh dari Mr.Koji.
Mr.Koji ditinggalkan dalam keadaan terpinga-pinga….
-------------------------------------------------------------------------------------
Sementara itu, 6 MIMPI NGERI telahpun kembali ke rumah kediaman mereka beberapa jam lalu. Mereka berkumpul didapur, kelihatan Micky sedang sibuk memasak. Manakala yang lain menunggu di meja makan.
“weih korang perasan tak ckgu baru tu?” Ryu berbicara.
“mana tak perasan, kerek giler” balas Syn tenang.
Kuro menghentak meja “berani dia sentuh Rainy?! Memang cari pasal!! Argh! Bengangnyer!!!!” marahnya.
“rileks Kuro…sabar sikit..die baru je start mengajar kat sini.”
Seperti biasa Rainy menenangkan keadaan.
“ok guys! Dinner was ready!!” Micky menyampuk tiba-tiba dengan hidangan di tangannya.
Muka Ryu dan Syn berubah gembira. Makanan adalah amat penting!!! Lebih-lebih lagi kalau Micky yang memasak. Bagi mereka berdua at least.
“you are the best micky!!” puji Kuro. dia mula mengambil pinggan dan perkakas lain daripada rak. Terima kasih pada Micky rasanya dapur adalah kawasan rumah mereka yang paling teratur.
“thanks dude..malam ni suppose to be kuro punya turn..” bisik Rainy apabila Micky duduk di sebelahnya.
“it’s ok..nevermind..” balas Micky, sememangnya dia memang tak kisah kerana dia gemar memasak.
“heh…lagipon aku tak nak makan makanan yang macam makanan kucing..” Kei sengaja mengejek.
Dengan sepantas kilat kepala Kei dipukul dari hadapan. Senjata serangan, senduk yang sepatutnya digunakan untuk lauk dihadapan mereka. “hambik kau! berani kau kutuk masakan aku!” kata Kuro yang duduk berhadapan dengan Kei.
“woi, woi! Tak guna!! Pukul curi!” kei tidak puas hati.
“mana ada pukul curi kalau dari depan! Kau yang tak peka!” ejek Kuro. “katon, gyokakyu no jutsu!!!” kata Kuro, menuturkan mentera terkenal yang digunakan dalam oleh Sasuke dari anime Naruto. Di dalam anime, teknik ini dapat mengeluarkan api yang besar dari mulut penggunanya untuk membakar lawan mereka. Tetapi, hakikatnya, Kuro hanya menyimbah sup ke arah Kei yang boleh tahan tahap kepanasannya memandangkan ianya baru sahaja siap dimasak.
“panas!!” Kei mengelitis. “tapi teknik lembik. Amik ni!! bankai…hyourinmaru!!!” balas Kei, menuturkan kata pembebasan pedang yang terkenal digunakan oleh Toushirou Hitsugaya dari anime Bleach. Di dalam anime, teknik pembebasan ini akan membebaskan pedang Hitsugaya. Menyebabkan munculnya naga Ais dan Air yang boleh membekukan apa sahaja. Tetapi, hakikatnya, kei menyimbah air sejuk di dalam jag ke arah Kuro yang boleh tahap kesejukannya kerana dipenuhi dengan ais dan baru sahaja dibawa keluar daripada peti sejuk.
“S-SEJUK giler!!!!!” Kuro berteriak. Kemudian tertawa dengan Kei yang masing-masing lencun.
“KY-AA!! Makanan aku!! Sup kegemaran aku!! KURO!!!” marah Syn lalu mengejar Kuro. Kuro tidak menunggu lama…di saat itu juga dia mencicit lari. Syn yang kehilangan makanan tak boleh dimain-mainkan. Tetapi dia tergelak sambil dikejar Syn.
Kei galak ketawa tetapi terus terhenti apabila bahunya dipegang dari belakang. Ryu tersenyum kejam. Kelihatan dia juag lencun. “dahlah kau musnahkan makanan aku….kalau nak simbah air sejuk pun…APAHAL PULAK LIBATKAN AKU?!!!” dan dengan bentakkan itu, satu lagi pasangan kejar mengejar berlari di sekitar rumah. Malam itu riuh dengn Kuro yang dikejar Syn dan Kei yang dikejar Ryu. Dan lebih kurang begitu jugalah makan malam hari itu hancur…seperti hari-hari lainnya…akhirnya, makan malam grand mereka…bertukar kepada perkongsian mi segera sahaja….
“penat-penat aku masak je…” Micky malas nak melayan. Dah selalu sangat, tapi hairannya, dia tak pernah nak marah mereka semua. Kerana senyum yang terukir. Marah itu hilang ntah ke mana.
Rainy hanya tersenyum. Selagi, semuanya gembira, mi segera setahun pun ok jelah. Ternyata di muka mereka berenam tergarit satu senyuman yang sangat ikhlas…
-------------------------------------------------------------------------------------
Di kawasan perumahan ini…ada sekumpulan remaja yang sentiasa menjaga kawasan mereka..kumpulan ini di beri gelaran Wolf Gang. tetapi mereka tak suka bermegah-megah dan merahsiakan identity mereka…di sekolah mereka membuat onar dan bertindak mengikut perasaan kerana sifat semula jadi yang sukakan kebebasan sehingga di gelar 6MIMPI NGERI. Mereka adalah kumpulan yang diketuai (rasanya) seorang perempuan(betul! Walaupun rupa dia tak!!) yang bernama Kuro. bersama rakan seangkatan, Rainy, Micky, Kei, Ryu dan Syn…
Copyright © kurorainyx_darkness territory
Contact (kurorainyx@gmail.com)
This work may not be reproduced, in whole or in part,
In any form without permission from kurorainyx.
No comments:
Post a Comment