Saturday, April 3, 2010

Day 2 - Ambush!!

Pagi itu dimulakan dengan keluhan kuro dalam perjalanan ke sekolah.
“kenapa ni, Kuro?” tanya Rainy risau.
“Kuro mengeluh? Ini sudah pelik.” Kata Syn dan Ryu serentak.
“Aik? Cakap kau penat sebab malam tadi? Lah..lembik giler…” Kei mengambil peluang menyindir.
Kuro memberikan pandangan seolah-olah berkata ‘malas-nak-layan’.
“WARGH!! Tak melawan? Betul sakit budak ni.” Kei terkejut.
“kenapa ni Kuro?” tanya Micky. Dia juga risau.
“ntahlah…aku rasa macam ada benda buruk bakal terjadi lah..” kata Kuro.
“heh…jangan risaulah Kuro. kita ni yang buruk dan jahatnya. Tak de hallah…” kata Ryu ceria.
“ok.” Kuro tersenyum. “eh, Kei, baik kau check rambut kau. aku rasa aku ada nampak makanan dari sup malam tadi terselit kat situ.” Air muka Kuro serius.
“whatta..?! m-mana?! Oh shit!! Habislah!” Kei kalut. Dia risau akan imejnya di kalangan pelajar perempuan.
Kuro tertawa. “acah jer…huk aloh…gabra giler…dasar kasanova.” Ejek Kuro.
“kau ni memang sengaja nak cari pasal kan?!”
“so…?”
“roar!! Aku akan buru kau sampai dapat!” Kata Kei geram.
“kalau boleh.” cabar Kuro.
“dah baik macam ni pula perangai diorang.” Micky tersenyum.
“er…Micky. Aku rasa baik kau leraikan diorang tu. Nanti tak
pasal lambat lagi pergi sekolah.” Kata Rainy.
“kenapa pula aku…? Bukan kau ke yang hebat dalam bab-bab
leraikan pergaduhan ni?” tanya Micky.
“memanglah…tapi aku agak sibuk dengan budak dua orang ni.” kata Rainy. Ternyata dia berada di pertengahan pergaduhan antara Ryu dan Syn.
Micky tertawa. “Apa lah nak jadi dengan diorang ni!!”



Setengah jam kemudian…ya, di sekolah Ogurabashi….
“yo, cikgu!! Sorry la kami lambat…ada ‘gurauan mesra’ on the
way sini tadi…hehe…” masuk Micky mengherat Kei dan Kuro yang jelas serabai kerana bergaduh. Diikuti dengan Rainy yang sedang mengherat Syn dan Ryu, jelas sekali mereka bergaduh, bercalar-calar badan mereka.
Mr.Koji hanya tersenyum gembira. “tak mengapa…takpe…duduklah…” katanya ramah.
Mereka berenam duduk di tempat mereka dan memerhatikan mr.Koji dengan penuh curiga.
“wei, Syn, aphal ngan dia tu? Semalam kerek nak mati dengan kita. Hari ni tetiba friendly jer…kena sampuk ker?” tanya kei kepada Syn.
“ntah. Dah kena sound dengan cikgu lain kot.” Balas Kei.
“Argh!! Lantaklah!! Peduli apa kita dengan dia?!” sampuk Ryu.
“apa kau rasa Rainy? Tak ke pelik je perangai Koji tu?” tanya Kuro. mereka tak menggunakan panggilan hormat kerana bagi mereka Mr.Koji adalah seseorang yang tak layak untuk dihormati.
“something fishy…” pendek jawapan Rainy kepada pertanyaan Kuro. “something is definitely weird!! Cikgu ada merancang sesuatu nampaknya!!” bisik rainy didalam hati.
“sedia semua? Saya akan adakan satu ujian hari ni!!” Mr.Koji tetiba bersuara.
“Whatta?!!!!!!!!!!!” jerit dan keluh kesah kelas 4-A1.
Mr.Koji hanya tersenyum.
Sumenyer berjalan dengan lancar dan seperti biasa. Even wolf gang dah terlupa dengan andaian awal pagi tadi….sangka mereka Cuma kerana ujian mengejut itu…
Sehinggalah waktu kokurikulum selepas sekolah. Kelihatan Syn dan Ryu di padang sekolah.
“hei, ryu! Pergi ambil bola dalam bilik stor. Um…ambil tiga biji cukuplah.” Arah Syn.
“Okies!” Ryu menjawab.
Apabila Ryu sampai di hadapan bilik stor itu, kelihatan banyak paku bertaburan di alas kaki yang berwarna kelabu. Bagi yang tidak mahir memang tidak akan perasan dengan semua paku itu.
“Huish! Gila betul sesiapa je yang sepahkan paku-paku ni semua! Bahaya tol!! Siapalah yang bengap sangat nieh…” rungut Ryu.
Dia mengutip semua paku itu dan mencampakkannya ke dalam belukar di belakang bilik stor. Memandangkan bilik stor adalah bilik yang berada di hujung bangunan, jarang ada pelajar atau sesiapapun yang pergi kesitu. Selesai semuanya Ryu baru sahaja mahu memulas tombol pintu bilik itu adabila dia perasan…ianya yang sangat kecil…tetapi nyata sambungan wayar yang mampu mengalirkan elektrik, terutama sekali kepada tombol pintu yang diperbuat daripada besi itu. Electric conductor yang sangat bagus.
“ ini kalau kena ni…mau pengsan….bukan kebetulan ni…mesti ada orang pasang perangkap sebab hanya Mr.Sousuke, Syn dan aku je yang boleh masuk sini. Ntah-ntah perangkap ni memang target kitorang sebab Mr.Sousuke dah lama berambus balik rumah hari ni.” Bisik Ryu sendirian. “pape hal pun, baik aku beritahu Syn.” Kemudian Ryu berlari kembali ke arah padang.
“wayar? Nak perangkap kita? Menipu larh ko! Takde siapa yang berani nak buat kat kita macam tu!” jelas Syn tidak percaya. “heh…cakap je la kau kecut nak pergi kat bilik stor at hujung bangunan tu…” Syn menyeringai ke arah Ryu.
“mak aih! Kau ni banyak bunyi la! Siot sungguh! Tak percaya jom la ikut aku…ke kau yang kecut nak mampus?! Hah?!!” cabar Ryu pula.
“weih, aku pantang betul kalau orang kata aku ni kecut! Jom ar, aku join! Kalau kau tipu…naya ko!!” kata Syn memberi amaran kemudian bergerak pantas ke arah stor.
Beberapa minit kemudian mereka berdua berdiri di hadapan stor.
“eh..betul pulak…” kata Syn apabila melihat sambungan wayar di tombol pintu itu.
“see..what did I tell you? Tu lah kau, bukan nak percaya!” kata Ryu mempertahankan dirinya.
“ala…lantaklah…alihkan je lah.” Balas Syn. Malas mahu memanjangkan perkara.
“ikut suka kaulah.” Kata Ryu.
Setelah membuang sambungan wayar itu, yang nyata bukan susah kerama mereka memang pakar dalam memasang perangkap. Syn memulas tombol pintu itu, di saat pitu itu terbuka berbelas-belas anak panah meluru ke hadapnnya. Syn membuat dua balik kuang ke belakang untuk mengelak, malangnya satu anak panah dapat menggarit pipinya.
“ni dah tak boleh dibiarkan!! Ni dah tahap nak membunuh!! Ryu kau ok ke?” marah Syn, mengesat sedikit darah dipipinya akibat daripada luka tergarit anak panah tadi.
“heh…aku berdiri kat tepi ni…sekit pun takde effect kat aku…hehehe” Ryu tertawa. Nasib baik dia tidak ikut di belakang Syn tadi.
Mata Syn tegas merenung anak-anak panah yang terpacak di atas lantai itu itu. “balik nanti kita kena cakap dengan –“ belum sempat Syn menghabiskan ayatnya, matanya mula menjadi tidak focus, pendengarannya menjadi tak jelas dan deria badannya menjadi tidak menentu. Dia rebah di atas lantai itu.
“Syn!! SYN!!” Ryu berteriak. Cepat-cepat dia berlari ke arah Syn yang terlantar itu. “kenapa ni, Syn?! Syn!!” dia menepuk-nepuk pipi Syn. Kerana Syn langsung tidak menyahut, dia memeriksanya nadinya dan lain-lain.
Ryu menghela nafas lega. “dia tertidur sahaja…nasib baik. Tapi, macam mana pula-“ baru sahaja dia mula tertanya-tanya, anak panah di hadapannya menarik perhatiannya. Apabila ryu memeriksa anak panah itu, nyata ada sejenis cecair yang menyaluti mata anak panah itu. Dan dia dapat mengenal pastinya sebagai sejenis ubat tidur. “memang ada yang nak perangkap kitorang!!” bisik Ryu tegas. Dia mencampak anak panah itu ketepi dan mendukung Syn yang sudah tidak sedarkan diri. Perkara ini mesti diberitahu kepada Kuro!

Malam itu, kediaman mereka, rumah 304.

“hey, Kuro petang tadi kitorang kena sneak attack…” kata ryu serius kepada Kuro.
“har? Korang pon sama?” kuro kelihatan terkejut.
“kitorang pon sama? Apa maksud kau tu?” tanya Ryu hairan.
“owh..kau tak tahu ye? Kat sekolah tadi Kei ada cakap kat aku time dia kat library, dia nak amik buku budget sekolah dari
allowance department tetiba ada rak buku yang tetiba jatuh
betul-betul kat tmpat dia tengah berdiri. 2 kali berturut-turut pulak tu. Nasib baik Kei antara yang trpantas dalam Wolf Gang kalau tak aku ingat dia pun dah jadi buku gak.” Cerita kuro tersengih.
“betul ke?” tanya Ryu bagai tidak percaya.
“yup pastu Micky n Rainy lak…” kuro mahu menyambung.
“ehem…” tiba-tiba kedengaran deheman dari belakang mereka, menganggu perbualan mereka.
“eh, Kei! Panjang umur…baru sebut pasal kau..betul ke kau
Nyaris-nyaris kena hempap dengan rak buku kat allowance
department?” tanya Ryu apabila di menoleh kebelakang dan melihat Kei.
“betul tu…aku agak happy sebab ko amik berat tapi…
Boleh ko pergi bincang dengan Kuro pasal benda ni kat tempat lain
selain depan bilik air ni tak? Ak nak mandi la…” kata Kei sedikit bengang. Punyalah banyak ruang dalam rumah tu, depan bilik air juga mereka berborak?! Takde kerja betullah!!
setengah jam kemudian…semua berkumpul di dalam sebuah bilik. Bilik ini boleh dijadikan bilik tetamu, bilik perbincangan, bilik permainan dan lain-lain lagi tetapi seringkali kosong. Malam itu, bilik itu dipenuhi dengan lima orang remaja. Muka mereka serius, nampaknya ada yang penting untuk dibincangkan!
“ok. semua tahu kenapa kite brkumpul kat sini..setiap sorang
dari kita telah diserang secara sembunyi arini. Syn dan ryu di
bilik stor dan akibatnya Syn tertidur, masih tak sedarkan diri.
Kei di library, nyaris ditimpa rak buku. Micky dan Rainy dalam
bilik persatuan plajar, nasib baik Rainy sedar something is unusual kalau tak diorang akan tertidur juga sampai sekarang. Aku
plak dalam makmal..ada ‘seseorang’ yang campurkan substance
experiment ak, sesiapa yang hidu akan pengsan. Luckily aku
ternampak kedudukan beaker ak berubah. So? Apa
pendapat korang?” kuro terus memulakan tanpa madah bicara. Tiada masa untuk itu.
“nanti, perasan tak persamaannya? Semua serangan dan perangkap ni semuanya akan mengakibatkn kita hilang kesedaran?” kata Kei.
“betul. aku setuju. Nampaknya memang ada orang yang sengaja aim kita.” Celah Micky.
“and just in case…korang perasan tak? Tempat kita diserang semuanya tempat yang hanya limited untuk kita dan guru-guru je? Aku ingatlah…ada cikgu yang aturkan semua ni.” tuduhan rainy berasas.
“mungkin. Ada nama?” tanya Kuro, mungkin ada cikgu yang patut disyaki.
“Koji! Aku positive, Koji yang buat semua ni.” kata Ryu
geram.
“kenapa pula?” tanya Kuro, mahu memastikan.
“ ingat tak semalam? Kan kita layan endah tak endah je dia?
lagipun, bukan ke kau gertak dia, Kuro?” kata Ryu. “aku dah siasat…dan hasilnya nampaknya si Mai mulut murai tu ada cerita pasal kita kat Koji. Bukan kau tak tahu yang Mai tu dah lama kerek dengan kita. Lagipun, dia ada motif. Diakan minat habis kat Rainy. Tapi, rainy buat tak tahu je dan berkepit dengan kau 24 jam, 7 hari seminggu. Dah la dia ketua kelas tapi kita lagi banyak pengaruh dari dia. mesti dia api-apikan Koji. Dengar kata, Koji tu memang ego. Kononya, kat sekolah lama dia dulu, dia la yang berkuasa semua murid takut dengan dia. aku ingat dia benganglah kita tak layan dia, mengenyeh-ngenyeh lak tu.” Panjang lebar Ryu memberitahu.
“Ryu got a point. So the whole thing becuse dia nak buktikan
kat semua student yang Wolf Gang tak la sehebat mana! Ataupun patut aku bahasakan diri kita 6 mimpi ngeri Ogurabashi?” Micky bersetuju, malah sempat membuat lawak dengan gelaran yang diberikan kepada mereka.
“hmm…tak kisahlah. Dedua pun kita.tapi jangan bertindak
membuta tuli. Kita siasat dulu. Takut tersalah orang. Lagipun, aku tak rasa dia seorang dalangnya. Seorang cikgu sekerek manapun takkan pandai buat semua perangkap tu. Setakat yang gabungkan chemical memang mudah. Tapi, camne lak dengan semua jerat tu? Mesti ada yang tolong dia!” terang Kuro serius. Tiba-tiba air mukanya berubah. “Er…aku nak pegi tandas jap..bincang ar
dulu. Hehehe” katanya kemudian berlari keluar dari bilik itu.
“ hahaha…sempat lagi dia.” Kei tergelak. Memanglah…mereka ni tak boleh nak serius sangat untuk masa yang lama. Tetiba-tiba kei perasan yang Rainy banyak mendiamkan diri. Memang Rainy tak banyak bercakap tetapi, selalunya kalau melibatkan keselamatan mereka, terutama sekali Kuro dia akan menjadi serius! “hei, Rainy? Pehal ko ni? Diam jer..ko rasa ada yang tak kena ke? Tanya Kei.
“hah?” Rainy tersentak. “takdelah…aku Cuma fikir…aku tak tahu pun yang mai suka aku…mana korang tahu ni? betul ke aku ni berkepit dengan Kuro 24 jam, 7 hari seminggu? Aku tak rasa macam tu pun…” kata Micky.
“whatta…?!” kei bagai tidak percaya.
“mak aih mamat ni…! betul tak sensitive!!” bisik Ryu dalam hati.
“apa ke bendul kau ni Rainy?” Micky tergelak.
Tiba-tiba Kuro masuk kembali ke bilik itu. “ok. Dah habis ke? Ke korang ada lagi yang nak dibincangkan? Kalau tak aku nak tido.” Kata Kuro sambil tersenyum. Limit jaganya adalah 3 pagi. Dan keesokannya dia boleh bangun pada 6 atau 7 pagi. Ataupun dia tidak tidur semalaman. Antara dua itu, kalau tidak dia akan sakit kepala. Dan tentulah…dia kaan tidur didalam kelas di siang hari.
“aku rasa dah habis. Jom la Kuro. aku pun nak tengok Syn. Guys, nanti kunci bilik ni ye…? Kalau tak pun takpe. Siapa yang berani nak rompak sini. Tapi nak buat syaratkan…hehehe.” Senpat Rainy buat kelakar senbelum berjalan keluar dengan Kuro.
“tunggu! Aku ikut!” tiba-tiba Micky bergegas bangun menuruti mereka. “kuro…bentangkan futon aku ye…?” pintanya.
“banyak cantik…! Buat sendiri. Aku tak guna futon…hahaha.” Kuro tertawa.
Setelah mereka bertiga menutup pintu, Ryu berbisik kepada Kei. “boleh kau percaya, kei? Rainy boleh tak perasan yang si Maii tu suka kat dia? dah budak tu hari-hari seboleh-bolehnya nak buatkan rainy yang pendiam tu bercakap dengan dia…siasat semua kegemaran Rainy. Dan semata-mata rainy suka warna hitam, dia drastically tukar appearance dia penuh dengan aksesori warna hitam..sampai kena label gothic. Dia boleh tak sedar?!”
“dah otak penuh dengan Kuro je…sampai berkepit pun tak sedar…haii…Rainy, Rainy…cakap dengan kita sepatah dua dan apabila ditanya je. Tapi, kalau dengan Kuro, boleh pula dia berborak normal. Dah la Ryu…aku pun nak tido la. Dah ngantuk giler ni.” kata Kei lalu menggeliat.
“jom la.” Sokong Ryu.

Copyright © kurorainyx_darkness territory
Contact (kurorainyx@gmail.com)
This work may not be reproduced, in whole or in part,
In any form without permission from kurorainyx.

No comments:

Post a Comment