ehem. Salam.
ini adalah satu pengenalan tentang satu permulaan.
Wolf Gang adalah karya penulisan aku yang pertama. jadi aku boleh guarantee yang hasil kerjanya tidaklah sehebat mana.
Kisah ini berkenaan dengan kehidupan seorang gadis bersama 5 rakan baik lelakinya di rumah yang bernombor 304 and bersekolah di Ogurabashi High School. mereka berenam dikenali sebagai Wolf gang dan juga 6 mimpi Ngeri Ogurabashi pada yang sama. sebagai Wolf gang, mereka adalah pelindung kawasan perumahan mereka dan menyimpan identiti sebenar mereka dengan mengenakan topeng serta jubah hitam ketika bergaduh mahupun mempertahankan kawasan mereka. oleh keranan itu, kawasan di bawah penguasaan Wolf gang dikenali sebagai "Darkness Territory". tetapi lain pula ceritanya di sekolah, mereka dikenali sebagai '6 mimpi Ngeri Ogurabashi' kerana pelajar nakal yang tak kenal erti takut meskipun terhadap guru. tambahan pula, dengan cara yang licik mereka berenam adalah ahli persatuan pelajar. dengan kata lain mereka menguasai sekolah itu. saksikanlah pengembaraan dan kehidupan Kuro, Rainy, Micky, Kei, Ryu dan Syn yang agak gila dan mengarut tetapi seronok.
cerita ini adalah fikyen, mengarut, merapu, carca marba dan segala-galanya yang sewaktu dengannya. tapi aku masih lagi sayang kat cerita ini.
cerita ini adalah copyright item. sebarang penghasilan semula dan penyalinan dengan apa cara sekalipun adalah tidak dibenarkan. untuk berbincang mengenai cerita ini sila hubungi penulis di kerjasama anda amat dihargai. terima kasih.
amaran: kerana ini adalah karya penulis bebas penggunaan bahasa tidak dijamin sedikit carutan dan scene yang pelik mahupun ganas adalah tidak ditapis. jika anda mempunyai fikiran yang terbuka sila baca dengan senang hati, tetapi jika anda seorang yang sempit fikirannya, adalah dinasihatkan supaya anda tidak mambaca karya ini.
No comments:
Post a Comment