Sunday, January 30, 2011

Attention!

!Attention all!

!!this blog is under 
construction!!

jadi, anda akan mendapati setiap perubahan diblog ini..
harap maklum

Sunday, August 1, 2010

DAY 8-THE DAMNED TRAPS


“hurh…arini keajaiban lah. pukul 7.50 dah sampai sekolah.”
Kei menggeliat di tempat duduknya.
“ye lah awal gile!” Ryu menyeringai.
“you called this early? it’s only 10 minutes before the bell rang…shesh..u guys are unbelievable! But then, it really is a miracle.” Renji menyampuk.
“what…? Er…I tak not faham2 what yang you cakap ar Renji…” blas ryu gagap. Nyata dia tidak mahir di dalam bahasa Inggeris. Hanya simple words tahulah dia.
“dia kata kita taklah awal sangat…lagi 10 minit je nak bunyi loceng. Shesh…ko sengal ar Ryu!!” terang Kuro dengan translation yang sedikit sesat.
“apa?!! Berani kau cakap aku sengal Renji?! KUROSU!!!” Ryu bengang dan percaya apa yang Kuro katakan bulat-bulat.
“hey, don’t trust Kuro!!! I didn’t say that!! I swear! She just made that up!!” Renji membela dirinya.
“apa dia cakap kuro?” tanya Ryu.
“aku sumpah apa yang kuro cakap tu btol…” kata kuro tenang
lalu menyumbatkan sebiji gula-gula ke dalam mulutnya.
“eh? Dia cakap panjang, asal kau cakap pendek je?” ryu mula ragu.
“English memang camtu…hehehe…” Kuro menyeringai.
“renji!!!! Kau memang cari mati lah!!!! Ambik ni!!!” Ryu terus percaya dan mengajukan penumbuk kepada Renji.
“wargh!!! Mommy!!!!!!!!” Renji dengan spontan menghadang
mukanya dengan kedua-dua tangannya. Dia menutup mata menanti kesakitan yang bakal datang.
Beberapa saat berlalu dan tiada apa-apa berlaku. “huh I’m alive?” Renji membuka matanya.
Kelihatan Micky mencengkam lengan Ryu. “dah la tu,Ryu. Kau kena kencing je dengan Kuro. Renji cakap kita taklah cepat sangat. Kita ni pelik tapi, memang keajaiban lah kita tak datang lambat.” Micky memberi translation yang sebenar-benarnya.
“hah?!!! Betul ke Kei?!” tanya Ryu terperanjat.
“yap.” Tenang kei mengiyakan.
“asal kau tak cakap awal2?!” ryu membentak.
“pepagi tengok drama best gak so, malas ar nak cakap apa2” kei tenang menjawab.
“wargh!!!! Tak guna kau kuro!!!!!!!!!!” ryu seperti mahu menerkam Kuro.
“hahahahaha!!!! Percaya cakap aku bulat2 siapa suruh?!! Hahahah!!!! Adui, senak perut ketawa!!” Kuro menekan perutnya dan ketawa besar.
“grrr!! Aku akan bunuh kau!!!” Ryu semakin baran.
“ryu..dah la tu…” Syn tenang menghentikan Ryu.
ur…um…” Ryu menurut lalu duduk di tempatnya. Menjelirkan lidah kepada kuro sebentar.
“kuro!! You are mean!! How could you?!” Renji memarahi Kuro.
“whoa! Cool down dude! Just a joke man, kinda bored and
want to find something to play.” Tenang Kuro mejawab sambil tertawa.
“my life you mean? I could’ve die back then!”
“and you’re not. Look, still healthy enough to nag me.”
“huh! You’ll never changed…” renji mengeluh lalu bergerak ke tempat duduknya. Lepak lama-lama dengan budak berenam itu, mau gila jadinya.
Baru sahaja renji melabuhkan punggungnya, beberapa bilah pisau keluar dari siling menuju tepat ke arah kepala Renji. Kuro yang ternampak kejadian ini dengan pantas menjadikan bahu Rainy sebagai loncatan. Dia melompat ke atas Renji dan menghadang pisau itu daripada terkena Renji dengan tangannya. Akan tetapi, kakinya tiada tempat untuk berpijak. Lantas tubuhnya menghentam meja dan lantai kelas. Satu kelas terdiam melihat keadaan Kuro yang terlantar di atas lantai.
“Omg! Kuro! You alright?!” tanya Renji panik.
“argh….” Tiada jawapan yang diperolehi…Kuro hanya mengerang sebagai balasan…
Rainy yang menyaksikan kejadian itu pantas berlari ke arah
Kuro yang masih terbaring di atas lantai. Hatinya sakit apabila
melihat ada tiga bilah pisau tertusuk dalam pada lengan Kuro dan
cecair merah yang menitis, mengotori lantai kelas.
“Kuro! Dah…kita ke nurse’s office sekarang juga!” kata Rainy sambil mengangkat Kuro.
“nanti Rainy…hey Renji you alright man?” tanya Kuro masih
mengingati kawannya itu.
“I’m fine! I’m fine! Now go!” arah Renji cemas melihat tangan Kuro yang masih berdarah.
“nah…letakkan aku Rainy…oh..come on Renji. Just a scratch…no need to make such a big fuss out of it…hehehe” balas Kuro sambil sempat ketawa.
“a scratch…kau gila apa?! Ini pisau! Pisau tahu tak?! Dah Rainy, aku tak kira dia ni ketua korang ke apa! Pergi bawa dia ke bilik rawatan!!’ perintah Renji yang marah melihat Kuro tercedera
akan tetapi lebih mementingkan dirinya. Satu kelas terdiam. Malahan Kuro yang cedera itu pun terdiam sama. Satu kelas terkejut.
“what is it? Why did you guys gone quiet all of the sudden?” kata Renji pelik.
“renji!!! You just are talking in Malay! For my sake?! I’m so proud of you!!” jerit Kuro sambil bertepuk tangan. Bukan senang mahu membuatkan Renji bercakap di dalam bahasa melayu semenjak Renji menjadi ketagih dengan bahasa Inggeris itu.
“adoi! Adoi…doi! Tangan aku…jom ar Rainy. pergi bilik rawatan.” Ajak Kuro. menepuk tangan dengan tiga bilah pisau tercacak memang satu langkah yang sengal.
Di hujung blok itu, kelihatan satu bilik yang jelas tertulis ‘Bilik rawatan’ di luarnya. Hari itu, bilik itu dipenuhi dengan 6 orang students.
s-sa-sa-SAKIT!!! PEDIH! PEDIH!!” kedengaran seseorang menjerit.
“Ai, tadi dah macam hero…ni letak ubat pun sakit?” Sindir Kei. Masing-masing termasuklah kei marah kerana Kuro tercedera.
“Diamlah Kuso! Pedih gila babeng nih!!” Jerit Kuro. sempat lagi memaki tu.
“Apa kuso-kuso ni? Tak elok! Amik ni. Balas Kei sambil menekan Cotton bud. Dengan sengaja kepada luka Kuro.
“a..aaa…sory..sory… “ Kuro hampir sahaja mahu menangis.
“tulah lain kali jangan berlagak hero…” nasihat kei
“heroin lah, kei.” Syn membuat pembetulan.
“Wei ketot! Biarlah panggil hero! Heroin tu cam bunyi dadah
je.” Marah Kuro.
“Yelah…yelah..” balas Syn malas nak melayan. Susah betul kalau nak menang dengan Kuro. Asyik dia je betul tak sudah.
“Tapi Kei…Renji dalam bahaya! Kau pun tengok kan?
Walaupun pisau tu kecil tapi kalau kena kepala dia. Sah mati! Siapa la bangang sangat wat perangkap kejam tu!” Marah Kuro beremosi.
“Ok ar Kuro aku keluar dulu. Aku tak suka ar bau ubat.” Kata Syn. Sememangnya dia amat membenci bau ubat dan persekitaran orang yang sakit.
“Emm…babai!! Hati-hati ye!!” Lambai Kuro.
“Wai…Kuro dia cuma nak keluar la. Bukan nak melancong
Ke hape.” Kata Ryu. Dramatic pula Kuro ni.
Beberapa jam kemudian…
Tak semena-mena…
woi! Bla! Blah! Tepi!!!!!”Terdengar seseorang menjerit di luar.
“Weih, pehal tu? Bising semacam je…”kata Micky hairan.
“Huh?!” tiba-tiba Rainy tersentak. “Kei! Bangun dari katil tu!”
Arah Rainy tiba-tiba.
“Orait! Tapi, nape?” Tanya Kei pelik dan terus melompat
turun dari katil pesakit di sebelah Kuro.
“Sesiapa je yang kat luar tu akan masuk dalam bilik ni jap
lagi.” Terang Rainy tenang. Tetapi dahinya berkerut. Dia rasa tak sedap hati.
Memang tepat dengan jangkaanya, dalam beberapa saat pintu
bilik rawatan di tendang. Terkejut mereka bukan kepalang
apabila melihat seorang lelaki sedang mendukung Syn. Syn
kelihatan pengsan dan badannya dilumuri darah.
“Syn!!! Kenapa dengan dia?!” Jerit semua Wolf gang yang
Berada didalam bilik rawatan tu. Rainy mengetap gigi.
“Sesiapa…tolonglah…rawat dia…! Cepat!” Jerit budak lelaki
yang mendukung Syn itu.
Letakkan dia kat atas katil tu. Biar aku yang rawat dia.” Kata Kei dia terus menyarungkan sarung tangan doktor. Kepakarannya dalam perubatan boleh dipercayai walaupun dia hanya seorang pelajar.
“Benda ni dah semakin pelik. Aku tak boleh libatkan ramai
Orang lagi. Nasib baik Kuro baru sahaja tertidur kesan daripada ubat tadi. Kalau tak mesti dia akan mengamuk. Tak kira tangannya
masih cedera atau tidak dia mesti akan bangun dan cari dalangnya sampai mati.” Kata Rainy dalam hati.
“Anyway…cikgu…”kata Rainy kepada guru yang bertugas di dalam bilik itu.
“Hah? Ye…?” Guru perubatan yang tergamam melihat
kejadian itu terkejut apabila tiba-tiba ditegur Rainy.
“Takpe cikgu…biar kami yang atasi masalah ni…cikgu tolong
keluar…” Kata Rainy.
“Tapi…saya…err…baiklah…”walaupun pada mulanya cikgu tu
keberatan mahu meninggalkan tugasnya akan tetapi apabila melihat air muka Rainy yang tegas itu dia terus bersetuju.
Sambil memikirkan punca semua ni berlaku dengan tiba-tiba. Rainy menutup pintu dan menarik langsir pintu bagi mengelakkan pandangan orang ramai.
“Kei, kenapa ngan Syn? Teruk ke kecederaan dia?” Tanya Rainy bimbang melihat keadaan Syn.
“empat luka yang dalam kat perut dia. Agak teruk tapi, dia nasib baik sebab tak kena organ penting.” Kei memberi diagnosisnya.
“Aku tak rasa dia bernasib baik. Syn paling hebat dalam wat sneak attack kan? Jadi dia memang pandai dalam kedudukan organ manusia. Aku rasa dia sempat mengelak dari terkena organ penting je. Tapi, tak sempat nak selamatkan diri.” Terang Rainy meneka keadaan.
apapun…wahai jejeka misteri yang berani mendukung ahli kami yang tercedera tanpa bimbang kami akan menyerang kau jika tersalah anggap…Siapa kau dan kenapa kau ambil berat sangat pasal Syn?” Tanya Micky kepada lelaki yang duduk di penjuru bilik sambil menundukkan wajahnya. Dari nada suaranya ternyata dia mula hilang sabar.
Lelaki misteri tadi hanya mendiamkan diri.
“WOI! KITORANG TENGAH TANYA KAU NI!! JAWABLAH!!” Terkam Ryu sambil mencengkam kolarnya. Ternyata kecederaan Syn memberi tamparan hebat kepada Ryu.
“Sob…ryu-kun….uwaaa!!!” tiba-tiba lelaki tu menangis teresak-esak sambil memeluk Ryu.
“Sa…sakurai?”! Ryu menjerit terkejut.
“Sakurai?! Biar betul mamat yang dukung dan tendang pintu tadi?!” Jerit Rainy, Micky dan Kei terkejut.
[nota penulis : kalau pembaca masih ingat, Sakurai adalah seorang yang lemah lembut dan penyayang. Rujuk Day 3]
“Err…Sakurai…dahla..jangan nangis…apapun boleh tak kau ceritakan apa yang berlaku?” Pujuk Micky.
“Camni. Masa saya baru je keluar bilik air saya ternampak Syn. Cam biasa saya pun nak pergi kat dia. Tapi, tiba-tiba dia meluru ke arah saya. Mulanya saya hepi gila ah. Dia melompat depan saya dan dalam sekelip mata je Syn da terbaring depan saya…berlumuran darah…urr…sob…sob…sob…dia pegang pipi saya dan cakap pesanan untuk korang…hati-hati…diorang dah…mula…”cerita sakurai dalam esakan.
“Hati-hati? Diorang dah mula? Apa maksudnya tu Sakurai?” Tanya Rainy hairan.
“Tak tahu…lepas cakap tu Syn terus tak sedarkan diri…saya takut sangat. Tanpa saya sedari saya dah mengangkat dia dan bawa ke bilik ni. Ur..urr…darah Syn…masih terasa lagi kat pipi aku…”balas Sakurai. mukanya tampak ketakutan. Dia merenung tangannya yang masih berlumuran darah.
“Dah…dah…mari aku bersihkan muka kau tu…”kata Micky. Dia membawa sakurai keluar ke bilik sebelah. Dia faham kenapa Sakurai begitu takut melihat keadaan Syn. Sejak dia diselamatkan oleh Syn, dia menjadi begitu obses dengan Syn. Bagi dia Syn adlah idolanya…seglanya…kalau tak dia pasti masih terperangkap di rumah tu dan didera sepanjang hidupnya.
“Tiba-tiba…
“Prang!!!”
Kedengaran bunyi kaca pecah di bilik sebelah. Micky terkejut tapi masih boleh mengawalnya. Dia menyuruh Sakurai duduk ke situ dan jangan masuk ke bilik rawatan walau apa pun yang terjadi. Dia dapat rasakan yang sesuatu yang teruk telah berlaku. Dia terus meluru keluar. Apabila dia membuka pintu bilik sebelah apa yang sempat dia lihat hanyalah serpihan kaca yang berselerak di merata tempat dan Ryu yang telah rebah di pangkuan Kei. Ada empat orang misteri sedang berdiri di tingkap bilik rawatan itu.
Haih…camni senang lah keje…kejap je dah 3 kita kalahkan…wei betul ke maklumat yang katakan diorang ni hebat?” Kedengaran salah seorang daripada mereka bersuara.
“Yosh…jomla abiskan kerja…nanti ketua marah.” Balas lagi seorang.
“Eh…eh…yang namanya Rainy tu. Apasal awal-awal lagi dah tunduk? Ah~~ aku tahu menggeletar sebab ketakutan ya? Kesian…”seorang daripada mereka mengejek.
“Ini ke yang Syn maksudkan dengan diorang dah bermula?” bisik Rainy dalam hati. “A…a..AKU AKAN PASTIKAN KORANG MATI!!!! TERUTAMANYA KAU KATANA!!!!” Jerit Rainy sambil menunjuk kepada orang yang berdiri di tengah. Kemarahannya dah tak tertahan lagi.
“Katana?! Apa maksud kau Rainy?” Tanya Micky pelik.
“Oh! Make sense! Jadi yang lain adalah Setsu, Mayu dan Genzo! Betul tak?!” Tekan Kei sambil menunjuk ke arah yang lain.
“Ah…betullah korang yang tinggal ni semua yang bijak2 belaka…tak macam diorang ni. Sorang cukup bodoh korbankan tangan untuk mamat gila English yang pelik, sorang lagi si bodoh yang korbankan diri nak selamatkan pondan tu dan sorang lagi memang senang sangat nak dikalahkan. Heh…” ejek Katana.
“Kau takkan faham! Orang-orang macam kau ni takkan dapat faham apa itu makna kawan sejati!!” Marah Kei.
“Kau Mayu! Kau kata kau suka Ryu tp, tengok apa yang kau dah buat pada dia.” Marah Micky.
“Eh, sebab aku sayang dialah aku Cuma pengsankan dia. Kalau tak dah lama dia akan terlantar kat sana tu macam kawan kau si Syn tu. Pandai betul dia mengelak perangkap aku. Dia sepatutnya mati tahu tak?” Balas Mayu.
“Oh..ni ye gang leader kau. Tak malu ke lima orang lelaki tunduk pada arahan seorang perempuan?” Kata Setsu sambil mendekati katil dimana Kuro sedang lena.
“Ahh…muka ni tak sesuai la. Apa kata kalau aku bagi ‘tanda’ sikit?” Genzo menghalakan sekeping kaca yang pecah ke muka Kuro.
“Oh..parut mesti nampak bagus dengan diakan? Barulah nampak macam sorang fighter. Lagipun, apa yang si lemah lembut dan si ulat buku tu boleh buat? Rainy maybe kuat tapi dia pun terlalu jauh untuk berbuat apa-apa so, tunggu apa lagi Genzo…? Silakan…”Katana menyokong.
Betul-betul seinci lagi kaca itu akan mencecah kulit Kuro, tangan Genzo dalam sekelip mata sudah terpasak ke dinding. Kelihatan sebilah pisau putih berkilat dikotori darah dari tangan Genzo.
“Genzo! Siapa yang…?!”jerit Mayu terkejut. Dia menoleh ke arah ahli Wolf Gang yang tinggal.
“Memandang rendah aku…korang tentunya sudah
menggali kubur sendiri?!” Micky menyeringai.
Kelihatan di tangan Micky empat bilah pisau putih yang berkilat. Rambutnya sudah elok diikat ke belakang. Nampaknya dia betul-betul marah. Personality jahatnya telah mengambil alih atas kehendak dirinya sendiri!!
“micky, kau pasti?” tanya Kei.
“herh…selama ni aku bersusah payah hendak muncul
dan mengganas. Tapi hari ni Micky dengan rela hatinya membiarkan aku lepas. Harh…peluang keemasan! Tambahan lagi ada empat lipas yang rela untuk dijadikan permainan aku!” nampaknya Micky telahpun bertukar personality dan personality yang berkuasa sekarang tentunya yang dahagakan darah dan kejam.
“kau tau tak Micky…bila kau dah bertukar macam ni
banyak lark kau bercakap. Yosh! Abiskan diorang dan pastikan kita akan beri Kuro, Syn and Ryu berita baik!” Rainy menyeringai dan menyindir Micky.
“hah! Cakap aku…kau tu Mr.hot shot bila dah bengang
pon banyak bunyi! Jom je lah abiskan diorang.” Micky menyindir rainy pula.
well, kalau korang nak tahu…korang berdua banyak
cakap bila dah baran. Banyak bunyi.” Kata Kei dalam hati. “Same je dedua…” bisiknya perlahan.
“apa kau cakap?!” tiba-tiba Micky menyergah.
“aku dengar tu!” sampuk rainy pula.
“eh?! Eh?! Mana ada…” Kei malas nak mencari gaduh pula.
“kau jangan nak mencabar aku…” Micky mula menghampiri.
Akhirnya mereka bertiga bertekak sesama sendiri dan terus melupakan kewujudan musuh mereka yang sebenar.
kuso!!! Kitorang ni la musuh ko!!!” katana menyumpah marah.
“dilayan….” Genzo bagai tidak percaya.
kuso! Kuso! Kuso! Mayu! Serang diorang skang! Time perhatian diorang teralih tu!” katana memberikan arahan.
yosh!” dengan pantas Mayu menurut.
Mayu sorang yang pantas bergerak. Jadi dia dengan sepantas kilat sudah berdiri di belakang mereka. Akan tetapi, Kei tidak kelihatan di situ.
mana…” baru sahaja dia mula bersuara.
“heh…terlalu lembab!” Kei menyeringai di belakangnya.
“marilah lawan dengan aku! Kalau kau jantan takkan nak
3 lawan 1?” mayu mencari helah. Apa saja untuk meningkatkan peratus kemenangannya. Dia memandang kei alalu melompat kebelakang. menjarakkan diri.
“fine…fine…micky and rainy…you guys mind?” kei berserah.
“yea…yea…we’re back off from your fight.” Mereka berdua melangkah setapak ke belakang.
“dah? Puas hati?” kei menyindir.
“come on la! Berani ke kau pukul perempuan?!” Mayu meluru ke depan dan cuba nak menikam pisau yang disembunyikan dalam jubahnya pada Kei. Tapi, dengan mudah Kei mengelak dan berdiri di belakang Mayu. Mayu tersenyum sinis dan menendang ke belakang. Tendangannya terkena kepala Kei. Kei rebah di situ juga.
heh…kerja mudah…tapi aku tak slahkan kau. Aku ada
pasang pepaku kat kasut aku. Lagipun kelemahan utama semua lelaki adalah perempuan. Lelaki…mana berani pukul perempuan. Heh…” mayu berpuas hati dengan serangannya.
“think so?”
Mayu terperanjat apabila mendengar suara Kei di belakangnya. Dia lantas menoleh. Tetapi tiada sesiapa di belakangnya.
kau terlalu perlahan, perempuan. Aku di belakang kau.” kei berbisik.
“hah?!” Apabila Mayu menoleh kebelakang Kei memang sudah berdiri di situ. Kepalanya berdarah, mengotori mukanya akan tetapi dia tersenyum sinis. Mayu tiba-tiba rasa takut. Kakinya menggeletar. Sesuatu tentang pandangan mata Kei dah berubah, dia tak serupa dengan Kei yang dikelas.
kau tahu…Kuro dah jadi ketua kami selama yang aku
ingat…dia kasar dan tak macam perempuan langsung. Tapi, ada sesuatu tentang dia yang buatkan aku percaya pada orang lain semula. Dia buatkan aku rasa yang aku mesti lindungi kawan-kawan aku. Walaupun aku sendiri terkorban…” kei berbisik perlahan tetapi cukup untuk didengari oleh Mayu.
“a..apa yang kau merepek ni?! Lindungi kawan walaupun
diri sendiri terkorban?! And bagus sangat ke lelaki tunduk kepada perempuan?! Even aku perempuan aku rasa lelaki lebih layak mengetuai aku! Kau ni bodoh ke apa?! Hahaha lawak!! Nak pukul aku pun tak berani, ada hati nak lindungi kawan! Diorang bertiga terlantar kat sana tu atas kebodohan diorang sendiri! Kau tengok Ryu, dia bodoh untuk hadang panah aku! Kau tahu tak sepatutnya kau yang terlantar kat situ Kei?! Hahaha!” Mayu tertawa seolah-olah telah hilang kawarasan.
Satu tumbukan singgah di perut Mayu. Mayu terus melutut di atas lantai di hadapan Kei.
jadi kau anggap lindungi kawan tu bodoh ye? Aku
dapat berdiri sekarang dan balas dendam terhadap kau kerana Ryu lindungi aku. Tengok so called kawan-kawan kau. Ada diorang tolong kau walaupun kau dalam kesakitan? kau tahu Mayu…ada kebaikan aku diketuai seorang perempuan. Kuro, seorang perempuan yang cukup kasar dan aku selalu bertumbuk dengan dia. Dan aku sentiasa melepak di sekeliling dia sampai aku dah tak peduli perbezaan antara lelaki dan perempuan. Bagi aku semua sama sahaja. Kau silap apabila kata aku takut memukul perempuan. Adakah aku dah layan kau terlalu baik bersama dengan perempuan lain di dalam kelas? Heh…well perempuan, ni untuk Kuro, Syn dan especially Ryu.”
Habis saja Kei berbicara dia menendang Mayu tepat pada perutnya. Mayu ditendang kebelakang dan menghentam dinding bilik rawatan. Darah mengalir dari mulutnya. Nampaknya dia tak sedarkan diri.
“alright Kei! Now, dah even 3 lawan 3, lets the real
fight begin. Kau akan menyesal memandang rendah kitorang Katana…” rainy mengepal penumbuknya.
Mereka merenung lawan mereka dengan penuh dendam…

Day 7 - Micky's past


Micky sedang sibuk mengemaskini data-data sekolah dalam bilik persatuan pelajar. Sehinggalah dia sampai ke data tentang Kuro. Dia merenung data itu. “kuro, kau tahu tak betapa kehadiran ko dan Rainy telah mengubah hidup aku?” bisiknya sendiri, tersenyum.

Tiba-tiba micky teringat kembali detik pertemuan mereka. Waktu itu keadaan sesunyi sekarang. Kemudian korang datang menghulurkan tangan pada aku…

Aku masih ingat.. dua tahun lalu. ketika itu walaupun aku dikelilingi rakan aku terasa kosong. Aku dianggap seperti bank, hanya kerana aku anak orang kaya. Aku dianggap seperti alat. Ibu bapa pun sentiasa tiada di rumah. Tiada seorang pun aku boleh anggap sebagai rakan sejati. Aku amat tertekan, lalu tanpa aku sedari aku telah mencipta satu lagi personality dalam diri. Mewakili keinginan aku untuk memberontak. Aku sering rasa marah dan ingin mengamuk..jadi aku kurungkan diri . setelah beberapa bulan rambut aku jadi panjang dan ia menutup mata kiriku. Ketika itu barulah aku mula rasa bertenang. Barulah aku kesekolah, ‘rakan2’ aku semua heboh, ajk aku kuar jalan2. takde sorang pon yang tanya nape aku tak datang. Sorang budak lelaki mengejek aku. “hei, Micky!! Nape rambut panjang semacam? Macam pompuan jer, sini aku tengok!!” kemudian dia ikat rambut aku. Time tu gak aku rasa marah sangat. Otak aku jadi kosong. Aku macam telah menjadi orang lain…hari tu aku mengamuk di hadapan sekolah. Semua murid tergamam. Aku terus memukul dan mencari gaduh. Tetiba aku rasa tenang. Rupa-rupanya ada seseorang dah lepaskan ikatan rambut aku, mata kiri aku kembali tertutup. Aku menoleh kebelakang, ingin tahu dan terkejut kerana aku langsung tak menyedari kehadiran dia.

“ko dah ok?” tanya Rainy sambil memaut tangan Micky.

“bro, kau perlu bertenang…” Kuro tersenyum.

“siapa…korang ni…?” Micky yang pada masa itu masih belum mengenali Kuro dan Rainy hairan.

“aku kuro, dia ni rainy.” Kuro tersenyum sambil memperkenalkan dirinya dan rainy.

Lepas pengenalan yang tak seberapa tu kau hulurkan tangan kau…membantu aku. Sedangkan so called ‘kawan’ aku langsung tak wat pape. Aku macam tak percaya dua orang luar yang langsung tak kenal aku membantu aku dan selepas menyaksikan pergaduhan tadi…orang biasa akan berlari ketakutan. Lepas kejadian tu takde sape pon yang berani nak tegur aku. Tapi, sama jer bukannya ada apa yang berubah. Didalam kelas diorang menjauhkan diri dari aku. Tapi masa balik la paling aku terkejut sekali.

“hhhaaaaaaaaiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!” kedengaran teriakan yang terlampau ceria datang dari pagar sekolah.

“huh? Dak semalam…ah, yang aku perasan sangat ni

pehal? Dah sah diorang bukan nak jumpa ngan aku. Kawan diorang ada kat sekolah ni kot…” Micky membuat konklusi sendiri. Dia pun terus berjalan melepasi kuro dan Rainy.

“hey, matte!!!” tiba-tiba Kuro berteriak memandang Micky.

“huh? Aku ker?” tanya Micky bendul dan menudiang jari kepada dirinya sendiri.

“tak lah pokok sebelah ko.” Kuro seolah-olah bengang.

“………da!!! Mestilah ko!!” sambungnya selepas terhenti seketika.

“em..” rainy mengangguk.

“watpe?” tanya Micky.

“watpe ape? Saje tunggu kawan tak boleh?” Kuro membuat muka bagai tak percaya.

“ok. Tunggulah kawan ko. Ak bla dulu.” Dengan lurus Micky menjawab.

“hello anyone home?! Ko la yang kitorang tunggu ‘bijak’!” Kuro menepuk dahinya.

“aku? Aku tak kenal korang pon..” Micky selamba berkata.

“alrite. Aku nak tanya name aku siapa dan dia siapa?” tanya Kuro.

“ko kuro…dia rainy kan?” jawab Micky dalam nada ragu-ragu.

Rainy mengangguk.

“see? Itu da cukup untuk membuktikan ko kenal kitorang. Dah jom!!” kata Kuro lalu terus menarik Micky.

“gi mana?” Micky hairan.

“jalan. Aku nak g kedai kek yg baru bukak kat jalan

okutsu.” Jawab kuro lalu terus menarik Micky tanpa belas kasihan dan memeberi peluang dia membela diri.

“ek..ek…eh….n…nanti….” Micky kalut apabila dia ditarik kasar sebegitu sahaja.

Beberapa minit kemudian, mereka sampai di kedai kek…

“ok. Korang tunggu, aku nak pergi pilih kek!!” arah Kuro.

Micky termengah- mengah. “hah…hah…ni rupanya kena tarik dengan paksa.” Katanya mengah.

“maafkan kuro…dia sorang yang suka mendesak sikit.” Rainy meminta maaf.

“mendesak sikit ke hape?! Dia tarik aku dari sekolah

sampai sini!! Lebih kurang 3 km tau!! Dan lelaki jenis apa yang suka kek?! Memalukan!” Micky agak bengang.

Rainy tertawa kecil. “sorry lagi skali..dan untuk pengetahuan ko..kuro adalah perempuan bukan lelaki. Hei, aku lelaki juga tapi I can say that cake is one of my favourite dishes.” Rainy mempertahankan Kuro.

“p---p---p-perempuan?!!!!!!” Micky tergagap tak percaya.

“yup. Tapi, tak heran la ko tak perasan pon. Hanya

sikap dia yang sukakan kucing coz comel dan dia punya luv for sweet things jer bukti dia pompuan. Dressing pon macam lelaki.” Rainy tersenyum sendiri apabila bercerita tentang Kuro.

“tell me about it. Aku tak penah jumpa pompuan pakai

lelaki punya school uniform. Sikap pon kasar. Muka pun tak la cam pompuan sangat. Tengok tu…” Micky menuding ke arah Kuro. kelihatan salah seorang waitress itu sedang meliang lentuk di hadapan Kuro.

“hei hot stuff…wanna go out on a date with me?” pelayan itu bertanya.

“huh? Ya talking to me gal?” tanya Kuro yang sedang asyik memilih kek itu.

“yeah, you.” Pelayan itu menunjuk ke arah Kuro dengan cara yang menggoda.

Kuro tertawa dingin. “sorry to disappoint you. I’m a chick, not a guy.” Kata Kuro. “See?” dia menyelak kot yang dipakainya. Nampaklah sedikit keperempuanan.

“what???” pelayan itu terkejut lalu mukanya berubah merah padam.

“anyway, blueberry cheese, choco frenzy and kiwi paradise please…at that table eh?” pesam Kuro dan menunjuk ke arah meja yang diduduki oleh Micky dan Rainy. Kemudian dia sendiri brgerak ke meja itu.

“um…yes miss…” pelayan itu berbisik perlahan. Terasa kekok mahu memanggil ‘cik’ kepada Kuro.

“hey guys! Sorry for the wait. Got a little of misunderstanding…” kata Kuro sebaik sahaja dia duduk.

“yeah. Slalu cam tu.” Rainy bersuara.

“so, sapa name ko? Ko da tau nama kitorang tapi kitorang langsung tak tahu nama ko.” Tanya Kuro.

“er…aku Micky…” micky menjawab agak ragu-ragu

“owh, quite a name.” Kuro memberi komen.

Kemudian, seorang pelayan datang membawakan sebuah tray yang diletakkan dengan 3 potong kek. “here is the cakes…” katanya lalu meletakkan semua kek itu di atas meja.

“thanks…” rainy tersenyum kecil.

Pelayan itu terasa bagai mencair melihat senyuman Rainy. Dalam keadaan muka merah padam dia beredar pergi.

“tak segan kuar ngan aku ker?” tanya Micky.

“kenapa mesti segan?” Kuro bertanya hairan.

“aku ni rambut panjang, cam pompuan…” kata Micky sambil megusap rambutnya.

“alah sikit je tue. Boleh dikira normal lagi…kau tengok aku..pompuan dressing style lelaki, dia lak? Muka bishonen nama pun Rainy. Hah, kitorang lagi pelik ar…” Kuro tertawa.

“tak dapat disangkal ag diorang ni memang pelik. Tapi, orang biasa takkan kuar ngan aku tanpa sebab lagi2 pas nampak aku bergaduh semalam. Ntah2 ada agenda lain…” bisik Micky didalam hatinya.

“argh!! Rainy ko amik blueberry cheese?! Aku nak sikit!!!” Kuro cuba mengambil kek yang sudahpun Rainy ambil.

“tak boleh.” kata Rainy tenang lalu mengalihkan keknya lebih jauh.

“wargh! Aku tak kira nak jugak!!” rengek Kuro.

“ok, bak sini choco frenzy tue. Nak rasa sikit.” Rainy memberi tawaran.

“bluek! Tak boleh!” kata Kuro lalu menjelirkan lidahnya.

“ha! Siapa kedekut sekarang? Nak blueberry tak??” Rainy memancing.

“tsk, kejam! Nah la!” Kuro menghulurkan keknya. “Cepat bagi blueberry tu!” pintanya lagi.

“tapi, diorang nampak cam iklas sangat…tak baik aku nie buruk sangka…” Micky berkata kepada dirinya sendiri. “hey kuro…” katanya.

“yes?” jawab Kuro.

“nak sikit kiwi paradise?” Micky menghulur menolak

pinggan yang berisi keknya kepada Kuro.

“waaah!!! Betul ni?! Micky memang baik!!!” Kuro tersenyum gembira.

Micky tersenyum.

Setelah beberapa jam diorang melepak kat kedai tu sampai

Tauke kedai dah nak mengamuk. Barulah diorang nak bla. Datanglah sorang pelayan menghulurkan bill.

semuanya RM30.” Katanya.

“fuuu!! Gila mahal!!” Kuro bersiul.

hah! Nie la dia sebabnya diorang kuar ngan aku!! Camne la aku boleh lupa!! Semuanya sebab wang! Takpe arini boleh la aku tertipu ngan diorang, esok2 jangan harap!!!” Micky membentak didalam hati. Menuduh Kuro dan Rainy. “Nah!!” tekannya sambil menghulurkan not RM50 kepada pelayan itu.

Pelayan tu pun memulangkan baki RM20 kepada Micky.

matte! Hey miss asal bagi baki RM20 jer?? Dia punya RM 10 jer. Kitorang bayar sendiri2 lah. Nah!” kata Kuro lalu menghulurkan not RM10.

Rainy mengangguk dan turut menghulurkan sehelai not RM10 ringgit.

“maaf.” Kata pelayan itu dan menghulurkan dua helai not RM10 ke pada Micky lalu beredar ke kaunter untuk mengambil resit.

“Rainy, jadilah gentleman sket. Kau patutnya belanja aku.” Kuro bergurau.

“no way.” Rainy membalas pendek.

Kuro menjelirkan lidahnya.

Micky terperanjat. “Betullah yang aku ni buruk sangka. Iskh, segan…” dia menunduk. “dah la jom balik. Da malam ni…” katanya.

“oh, ok. Jom ar kitorang temankan ko balik.” Kata Kuro. “dah lambat gila ni…”

Diorang trus berjalan and berborak sehingga sampai kat rumah Micky. Ya, sebuah rumah agam.

“WARGH!!!!! Besar giler rumah ko!!!! Ko nie putera ke hape?!!” teriak Kuro apabila dia berdiri dihadapan pagar rumah agam itu.

“eh, korang tak tahu ke ni rumah aku?” Micky terperanjat kerana dia dikenali sebagai anak orang kaya dan semua orang tahu pemilik rumah agam ini meninggalkan rumah agam itu kepda anak mereka.

“er…sori ar tapi, slain daripada hal kitorang…kitorang tak ambil tahu sangat pasal benda lain.” Kuro tersengih.

“sori…” sepatah rainy bersuara.

“ok la guys aku masuk dulu…” kata Micky lalu menunduk meminta diri. Kuro dan rainy kelam kabut membalas tundukan itu kerana mereka tak biasa dengan seseorang yang sangat beradab. “heh…diorang memang baik walaupun pelik…aku tak sangka diorang langsung tak ambil kesempatan kat aku…syoknya ada kawan macam ni…” Micky berbisik sendiri lalu melangkah masuk ke bahagian dalam pagar rumah itu.

“oklah…kitorang pon nak balik ni..dah lewat…bubye!!” kuro menjerit. Micky melambai ke arah mereka.

Sebaik sahaja Micky melangkah masuk ke dalam rumah seorang butler merangkap pengurus keseluruhan rumah itu mengambil begnya. “tuan muda tak apa-apa? Adakah mereka itu kawan tuan muda yang tak guna itu?” tanyanya bimbang.

“tak mengapa Jose.” Dia memegang begnya. Menghalang butler yang dipanggil Jose itu daripada mengambil begnya. “Diorang tak sama…diorang unik…” bisiknya sambil tersenyum.

“huh?” Jose terkejut. “Apa kena dengan tuan muda arini?

Selalunyer dia bila balik dia akan merungut dan marah tentang perihal so called kawan dia…” Jose tertanya-tanya sendiri.

Esoknya Micky ke sekolah dengan gembira. Dia tak sabar-sabar menunggu waktu balik. Harapannya supaya gadis yang bernama Kuro tu dengan jejaka yang bernama Rainy itu akan datang dan mengajak dia melepak dengan mereka lagi. Akan tetapi hatinya hancur berkecai apabila langsung tak nampak kelibat 2 orang rakan barunya itu.

haaahh…salah aku gak terlalu berharap. Aku pasti takde sesiapa

pun yang nak menjadikan aku kawan. Nape la aku berharap sangat

semalam…? Sape lah nak berkawan ngan orang pelik cam aku…”

bisiknya sendirian.

Micky pon balik dengan rasa kecewa. Esoknya dia tak datang ke sekolah. Katanya malas. Sampai seminggu dia ‘bercuti’. Lepas

tu baru dia nak ke sekolah itu pon stelah dipujuk oleh butlernya

yang dianggap seperti bapa sendiri..

Pagi itu…

“Kenapa la aku leh termakan ngan pujukan Jose? Aku malas la nak g skool. Bukannya ada ape pun!! Hurmph…kecewanya la hai…ble tak nampak Kuro ngan Rainy…” keluhnya sendiri. “isk, Nape lah aku asyik ingat pasal diorang je?! Diorang bukannya kawan aku pown….walaupon lepas apa yg pompuan tu cakap kat aku…WAAARGHHH!!! STRESS!!!” dia menepuk kuat mukanya.

“m…micky…?” tiba-tiba ada seorang pelajar biasa menegur Micky dengan sedikit ketakutan.

“apa kau nak?! Aku tak kenal kau pun!!” kata Micky dan

merenung tajam kepada budak itu.

“maaf! Maaf! Maaf!” dia menunduk berkali-kali ketakutan. “T..tapi saya Cuma…nak bagitau yang ada 2 orang budak lelaki selalu tunggu awak masa awak tak datang…”

“2 budak lelaki?!! Siapa?? cerita cepat kalau tak kat sini gak aku belasah ko!! Dan jangan gagap-gagap!!” bentak Micky. “Mungkin Kuro dan Rainy..tapi dedua lelaki? Eh, yelah Kuro dressing cam lelaki, apa yang peliknyer?!” bisiknya sendiri.

“b..baik…” jawab budak itu.

Micky merenung memberi amaran apabila budak itu masih

lagi tergagap-gagap.

“baik!” budak itu berdiri tegak. “2 orang budak lelaki tu selalu tunggu awak, bila orang tanya tunggu siapa? Diorang Cuma akan jawab sepatah jer ‘Micky’. Lepas dengar jawapan tu takde sape pun berani tanya diorang atas sebab yang awak sendiri tau kenapa.” Budak itu menelan air liur. Takut juga kalau tersilap kata.

“ok…teruskan…” Micky bertenang.

“tapi, saya tengok diorang masih lagi menunggu selama seminggu walaupun ada satu hari tu hujan lebat. Diorang tunggu gak kat gate tu. Langsung tak cari tempat berteduh. Hari2 lain takyah cite ar. Panas terik! Saya takut gak sebab tengok diorang tu macam jenis yang kaki gaduh je. Jadi saya bagitau awak. Awak ada terlibat dalam apa-apa masalah ke? Hati-hati balik nanti ya?” budak lelaki itu memberi amaran.

“trimas sebab bagitau!! Walaupun aku tak kenal kau, trimas

sangat!! Aku btol2 bersyukur dan gembira, trimas sebab ambil

berat!!” Micky tersenyum lebar kemudian terus berlari masuk ke

dalam bangunan di mana kelasnya terletak.

“har? Ada masalah pun happy ke? Ntahla ptutlah orang kata

dia pelik.” Budak itu bermonolog sendirian. “tapi, taklah ganas macam yang diorang katakan.” Fikirnya. “masa dia senyum tadi pun…heh…manis siot…” dia tersengih. Kemudian dia cepat-cepat menampar pipinya sendiri. “Micky lelaki!!”

Hari tu Micky belajar dengan gembira sekali. Walaupun

Makanannya dicuri gagak, didenda berdiri kat luar kelas sebab tak

bawa buku dan dipanggil ke bilik disiplin sebab ponteng dan

pergaduhan aritu.

Waktu balik, dari jauh Micky da nampak kelibat Kuro dan Rainy. Gembira tak terhingga. Dengan pantas dia berlari ke arah

mereka.

hai Kuro!! Hei, apa ni duduk2 kat tepi ni. Nampak cam tak bermaya je, tak macam ko pun..” kata Micky ceria.

Kuro tersenyum, mukanya pucat. “oh, Micky…ko datang ya

arini…bising lak ko ari…ni…” tiba-tiba Kuro rebah ke atas tanah.

Rainy yang bersandar di tembok sekolah mahu mencapai Kuro. tetapi, dia sendiri tersungkur atas tanah.

“hey, apahal ni?!! Guys?! kenapa ngan korang ni?! Kuro!! Rainy!!” Micky panik melihat kedua-dua kawannya pengsan.

“Kuro..kuro…” kedengaran sayup-sayup seseorang memanggil namanya.

Kuro membuka matanya luas-luas. Dia terus duduk. “erk, where is this? Where am I?” tanya pantas.

“hai! Didn’t u even notice ur own house?” Micky menjawab.

“micky?! Apa kau wat kat sini?” Kuro menuding jari kepada Micky.

Micky berpura merajuk. “hmph! Ni ke yang aku dapat lepas dukung korang yang pengsan dari sekolah sampai ke sini?” katanya menarik muka.

“oh ya…kitorang pengsan…” Kuro bertenang. “whatta?! kau dukung kitorang?! Camne kau tau rumah ni? Aku tak ingat bagitahu kat kau kat ne aku tinggal…” dia tegang kembali.

“oh, hal tu, cakap trimas kat Rainy ar. Tengah pengsan2 pun boleh meracau-racau, bagitahu alamat rumah ni.” Micky tersenyum.

“oh…” Kuro terdiam. Kemudian dia teringat. “Rainy!! Kat ne dia?!” tanyanya resah.

Micky mengeluh kemudian tertawa melihat gelagat Kuro. “kat sofa blakang kau tu ha. Dia pun baru sedar.” Katanya memuncungkan mulutnya kepada Rainy yang mengusap-usap kepalanya.

Kuro menghela nafas lega.

Kemudian Micky berubah serius. “ni lagi satu! Asal korang tunggu aku kat gate setiap hari hah?! Kalau hujan tu janganlah datang! Jangan tunggu tengah2 panas! Tengok sampai pengsan camni?! Aku risau larh!! Aku tak kisah angkat korang tapi, korang kena jaga kesihatan!!” bebelnya.

“sebelum tu aku ngan Rainy ada hal sket. Pastu kitorang fikir2, kau tak tau mana sekolah kitorang dan kitorang nak jumpa kau. Nak bagi something.” Kata Kuro tersengih.

“amenda yang kau nak bagi sampai sanggup tunggu aku sampai seminggu?” Micky masih marah dengan perangai Kuro dan rainy yang baginya terlalu sambil lewa.

Kuro menyeluk poketnya. “mana ek? Isk, mana ni?!” dia teraba-raba di dalam poketnya. Ha! Ni pun!!” dia berteriak apabila jumpa barang yang dicarinya. “Nah!” dia menghulurkan sepasang gelang hitam kepada Micky.

“hanya sebab sepasang gelang?! Jangan jadi bodoh kuro! Kau tak patut mengab----“ Micky mahu membebel lagi kerana Kuro dan Rainy mengambil risiko kesihatan hanya untuk sepasang gelang.

“shhh…!” Kuro memotong. “Dengar benda ni memang penting, aku hanya bagi kepada orang yg aku anggap sebgai kawan sejati. See? Aku ada satu, Rainy pun ada satu. kitorang dah banyak berbincang dan kau memang layak memiliki benda ni.” katanya lagi.

“benda yang bermakna macam ni…bebetul nak kasi aku…? Aku layak ke? Korang tak kenal aku…aku ada…” Micky tertunduk.

“split personaliti? Tu maksud kau?” Rainy bersuara.

“kitorang tahu pasal tu. Kami tak kisah. In fact itu adalah salah satu sebab. Sehari melepak ngan kau, kami tau macam mana sikap kau. Jadi adakah kau sudi terima dan jadi kawan sejati kami?” tanya Kuro.

“aku…trima…” dia mengambil gelang itu daripada tangan Kuro. “trimas bebanyak..isk…trimas…trimas…trimas sangat…ak..aku…” Micky mula teresak.

“dah…that’s that…kau kawan kitorang..dan tu yang penting…” kata Rainy.

“riiight…rainy….kau dah makin pandai cakap larh…” Kuro tersenyum gembira.

“hah? Apa maksud ko?” tanya Micky hairan.

“oh, dulu Rainy jenis yang tak bercakap dengan orang. Dengan aku baru nak…tu pun sket2.” Terang Kuro.

“oh, really? Ok ar Rainy, aku nak balik ni…dah malam…melepak kat umah perempuan kang apa orang cite…nak tumpang aku tak? kau tinggal kat ne? Aku call butler aku suruh dia hantarkan.”

“hah? Pecer? Aku tinggal kat sini ar ngan kuro…” selamba

Rainy menjawab.

“W…WHHAAATTTT?!!!!” Micky terkejut.

“ye ar…kalau tak takkan Rainy meracau pasal rumah ni…” kuro juga tenang menerangkan.

“t..tapi, kau perempuan dia lelaki…orang tak cakap pape ke?” Micky yang dibesarkan dengan penuh tatasusila ternyata hairan. (well, sebenarnya, memang abnormal pun…)

“takde pape ah, orang tak perasan pun. Diorang ingat kitorang dedua lelaki. lagipun, kitorang selalu lepak kat luar. Malam je ada kat umah.” Kuro menerangkan.

“hah…?!” Micky ternganga.

“owh, ni aku lupa nak tanya. Nak duduk kat sini dengan kitorang? Rumah taklah besar, tapi kitorang berdua je. Sunyi gak…” pelawa Kuro.

Micky masih nampak terperanjat.

“kuro…!” tiba-tiba Rainy bersuara bagai peringatan.

Kuro tertunduk. “oh, sorry..aku lupa...takkan ar kau nak tinggalkan rumah besar kau, segala kemudahan dan kemewahan yang ada…kalau ak pun sayang nak tinggalkan…untuk rumah yang tak seberapa ni…” daripada nadanya…adakah dia merajuk?!

“tak…tak…kuro..rainy…” Micky tersenyum. “aku sanggup, aku nak tinggal kat sini…dengan korang, kita bertiga…boleh ke? Korang sanggup ke trima aku…?” tanyanya pula.

“tentulah!!!” Kuro dan rainy menjawab serentak. Rainy hanya mengukir senyuman nipis manakala Kuro tersenyum gembira.

Bertitik tolak dari situ, kami bertiga tinggal kat rumah tu…aku tinggalkan kemewahan aku…walaupun Jose menangis dan

merayu…heh…heh…heh…aku blajar cara hidup biasa dan susah

kitorang kena keje part-time…tapi, aku rasa seronok

sangat…berpenat lelah, berpeluh dan berkongsi kegembiraan…bahagia gile aku…

“HEI --MIC…MICKY!!!!” tiba-tiba kedengaran suara seseorang memecahkan lamunan Micky.

“huh?” Micky mencari tuan punya suara itu dengan terkulat-kulat.

“da siap ke belum keje kau tu?” tanya kuro di muka pintu. Dia rupanya.

“cepat sikit, yang lain2 tengah tunggu.” Tiba-tiba Rainy muncul di belakang Kuro. memang tak hairan. Mereka berdua macam belangkas. Asyik berdua-duaan je.

“cepat!!! Bukan selalu ikte nak makan kek kat kedai di jalan Okutsu! Lagi2 bila kau yang belanja…” kei turut menjengukkan kepalanya. Rupa-rupanya si kasanova seorang ni pun da juga.

“dah siap dah…jap aku nak off-kan computer ni!” Micky tersenyum.

Trimas Kuro, Rainy dan sume kengkawan Wolf Gang…korang

mengajar aku erti kehidupan dan kawan sejati.” Bisiknya di dalam hati.

cepat!!!” gesa Kuro.

“yelah, yelah, I’m coming!!” cepat-cepat Micky bangun dan

mencapai begnya. “Thanks coz ubah hidup ak…” bisiknya sendiri