Saturday, April 24, 2010

Day 5 - The first time…

3 tahun lalu…

“hai sume! Watashi-wa Kuro desu!! Ak baru je pindah
kat sini. So, if u guys don’t mind sila berikan tunjuk ajar!!” kelihatan seorang gadis sedang berlatih untuk memperkenalkan diri di dalam sebuah kelas kosong.
“hei..diamlah..bukannya ada orang pun kat kelas ni…” tiba-tiba seorang budak lelaki menyampuk. Kelihatan dia sedang menghadap sebuah buku di sudut paling hujung kelas. Kulitnya putih tetapi penampilannya seperti selekeh. Rambut hadapannya panjang menutup matanya.
“suke akulah..! eh, sape name ko? Awalnya datang..rajin
ek..” Kuro bertanya ramah.
“none of your business.” Dia membalas dingin.
“hey don’t play tough! Sombong. Tak friendly langsung!” Kuro bengang.
Budak lelaki itu mendiamkan diri.
“grr…geramnya!!”

Selepas tu…Kuro tak pernah lagi menegurbudak lelaki tu. Tapi, dia tetap terasa macam ada satu tarikan yang membuatkan dia ingin menegurnya dan berbual dengannya..

“hey..Tetsu.” Kuro menegur salah seorang rakannya.
“yes?” tetsu memandang Kuro.
“kenapa aku tengok dak yang duduk kat tepi tingkap
tu..tak pernah bercakap ngan sesape? dan takde sape berbual dengan dia?” tanya Kuro. dia masih tidak mengetahui nama budak misteri itu.
“oh? Budak tu..ntah sape ntah nama dia…dia tak penah
tegur orang…dia sentiasa ada kat skola sebelum kitorang. Weirdo!” balas Tetsu dengan nada jelek.
“oh…I see..” kata Kuro perlahan. Matanya memandang budak
Lelaki itu yang sedang tunduk dan menulis sesuatu. “he’s really something…” bisiknya sendiri.
Musim bunga membuatkan Bunga cherry blossom memenuhi laman sekolah. Pandangan yang sungguh indah. Kuro melangkah turun ke laman sekolah.
“ah~~ cantik betul!! Cherry blossom is the best! Makan
bentou kat sini jer lah.” Dia bercakap sendirian. Tiba-tiba dia ternampak seseorang. “Eh? Kat pokok tue bukan dak lelaki pendiam tue ker?? hehehehe….” Kuro tersengih penuh makna...
Kuro menghampiri budak lelaki itu senyap-senyap. “BOO!!” dia mengejutkan budak lelaki itu dari belakang.
Budak lelaki itu tidak bersuara tetapi sseluruh badannya seolah-olah terenjat dengan elektrik dan mukanya ibarat tercekik buah epal.
“ahahaha!!” Kuro tertawa. “kelakarnya muka kau terkejut!”
“apa kau buat kat sini?” budak itu bertanya tidak beremosi.
“makan. Kenapa tak boleh ke?” balas Kuro selamba.
Budak itu terus mendiamkan diri.
Kuro mengeluh. “kenapa la kau ni? nak kata bisu, tak. Tapi, kenapa la kau tak nak berbual dengan sesiapa?” tanya Kuro.
Budak itu terus mendiamkan diri.
Kuro membuat muka malas nak melayan. “suka kau lah. Aku nak makan. Itadakimasu!!” katanya lalu mula memakan bekalannya menggunakan chopstick. “Nyum!! Sugoi!! Sedapnya!!” dia memuji masakan itu.
Tiba-tiba…kruukkk…..kedengaran bunyi perut seseorang bergeroncong lapar.
“huh?” Kuro terkejut. Dia terus berhenti makan.
Muka budak lelaki yang putih itu sedikit kemerah-merahan.
Kuro tertawa. “hahaha. Lapar ke? Nah la, makan.” Kata Kuro lalu menghulurkan bekalannya kepada budak lelaki itu.
“takpe la.” Dia menolak lalu memandang ke arah lain.
“makan! Kalau tak aku belasah kau!” marah Kuro merenung dia penuh amaran.
Mahu tak mahu aku terpaksa gak makan bentou ko time tu…taklah sesedap mana..malah rasanya pelik. Tapi, time tu ak rasa hepi sangat…tak pernah ada orang layan aku camtu..walaupon a bit annoying…
“camne? Sedap tak?” tanya Kuro kepada budak lelaki itu.
“rasanya pelik…” jujur dia menjawab.
Tang!! Kedengaran bunyi sesuatu berlaga. Kuro menghentakkan bekalannya yang sudah kosong itu ke atas kepala budak lelaki itu.
“hey what’s that for?!” katanya sambil mengosok kepalanya. Boleh tahan kuat hentakan tadi tu.
Kuro tersenyum. “ tu untuk kutuk makanan aku..dan nie tanda trimas coz sanggup makan dan berbual ngan aku..” kata Kuro sambil menghulurkan sepasang gelang hitam.
“apa nie? Dua gelang hitam?” budak lelaki lelaki itu mengambil gelang itu daripada tangan Kuro.
“yup. See I also got a pair.” Kata Kuro lalu menunjukkan tangan kirinya.
“eh, tak naklah!” budak lelaki itu menghulurkan balik gelang itu kepada Kuro..
“pakailah..gelang nie..aku cume bagi kat orang yang
special dan aku anggap true fren jer.” Kata Kuro sambil tersenyum.
“tapi ko baru je kenal aku. Camne ko boleh anggap aku
true fren ko?” tanya budak lelaki tu.
“aku tau..tapi, aku rasa ko ni amat jujur. and I can see ko
ni…Something else. tak macam dak biasa. Ak tak tau kenapa tapi, aku tertarik sangat ntuk berbual dan brkawan ngan ko.” Kata Kuro sambil memandang kelopak bunga Sakura yang gugur di atas telapak tangannya.
“bley aku tanya something?” budak lelaki itu bersuara.
“sure. Apa dia?”
“antara hitam dan putih, mana satu kau suka?” tanyanya dan memandang Kuro serius.
“hmm…I would choose both..”
Budak itu mendiamkan diri sebentar. “ok…apa pula pendapat ko tentang putih dan hitam?”
“ok..bagi aku putih nie sesuatu yang…” Kuro mula bersuara.
“ak bley bet yang dia akan cakap suci..cam orang lain.” Bisik budak lelaki itu didalam hati.
“..hipokrit.” kata Kuro.
Rainy tersentak.
“well, You see..ak bagi contoh la..ko tengok warna
putih..bila kita campurkan ngan warna lain, dengan mudah dia akan berubah warna. Campur lagi dengan warna lain dia akn berubah sekali lagi…hipokritkan? Hitam pulak bagi ak very cool. Dia tetap pendirian, tak mudah goyah. Tengok ye bila kita campurkan warna lain kat hitam die takkan mudah berubah warna. Silap-silap warna yang dicampurkan tadi mengalah kat hitam. dan hitam gak tak peduli apa yang orang cakap, yang penting dia suke dan selesa. Well, that one of the reason ak punya nama Kuro. Dalam Melayu maknanya hitam. I just want have the same attitude cam hitam. Hebat tol.” Kuro tersenyum puas selepas penerangannya yang panjang lebar itu.
“huh…” budak lelaki itu menghela nafas.
“oh? Hehehe sorilah..ak tengok perspektif kehidupan
dengan cara yang sedikit pelik. Or sebenarnya..memang pelik.” Kuro tersengih.
“oh, it’s ok. Ak cukup terperanjat…tak sangka ak akan
dengar jawapan yang ak cari selama ni. Actually, selama ni tu la cara ak tengok kehidupan. Masalahnya, tak penah ad sorang pon yang boleh paham n terima cara aku. That’s why aku terperanjat.
dan sebab tu gak ak takde kawan. Diorang anggap ak pelik.” Budak lelaki itu tersenyum sebentar.
“tengok! Kan betul apa yang ak cakap. Ad something
pasal ko yang buatkan aku tertarik. dan bukan calang-calang benda yang dapat buatkan aku betul-betul berminat. So, ko trima tak gelang tu?” Kuro menjadi sungguh excited.
“em…” budak lelaki itu mengangguk lalu menyarungkan gelang itu ke tangan kirinya.
“alrite!!” Kuro melonjak gembira.
“k ar da abis waktu rehat. Ak balik kelas dulu…” kata Rainy lalu terus berdiri dan berjalan pantas.
“ok…” Kuro melambai. “eh? Matte!! Ak kan same kelas ngan ko!! Iskh, tunggulah jap!!” lalu dia berlari mendapatkan budak lelaki itu.
kelas selepas tu trus berjalan spt base. Akan tetapi, walaupun dia dah mengaku Kuro sebagai kawan dia langsung tak tegur kuro. Malam tue baru Kuro teringat dia lupa untuk bertanya siapa nama budak lelaki misteri siang tadi. Dan Kuro gak berazam untuk beat dak lelaki tue! Dia nak datang paling awal!
Keesokan harinya, pagi-pagi buta….
“hah! Ak datang sebelum gate sekolah buka pun ag! Ak
pasti dia tak datang ag. Hahaha!” Kuro tergelak sorang-sorang di luar pagar. “Eh, dari melangut kat luar ni baik ak panjat gate masuk dalam. Dapat gak rileks-rileks.” Katanya lalu memanjat pagar sekolah dengan mudah dan masuk ke dalam.
Selama beberapa jam Kuro menunggu tapi takde langsung kelibat budak lelaki misteri tue.
“hah….boring la..awal sangat ke aku datang? Tapi
takkanlah, da ad murid yang datang pun. Even ramai teacher da datang. Kate Tetsu budak lelaki tu selalu datang paling awal sekali. Apa ni?...” Kuro menggerutu sendirian. “eh..nak difikirkan balik aritu ak datang awal ak tak nampak pun dia. Tapi, tetibe dia ad kat belakang ak suruh ak diam. dan smalam time balik ak tak nampak pun dia sibuk-sibuk nak balik. Wat dunno jer…hmmm…” Kuro berfikir sendiri.
Sedang sibuk Kuro berteka-teki enggan dirinya sendiri tiba-tiba kedengaran bunyi yang datang dari stor kelas. “whatta hell…?!”
Sementara itu, budak lelaki misteri itu masih enak diulit mimpi. Dia mengiring ke tepi, dia membuka matanya seketika.
“hai there, hot shot…time to get up.” Kelihatan Kuro baring di sebelahnya.
“apa mabuk aku ni mimpi sampai budak perempuan tu ada kat
sini…” dia mengumam lalu menutup matanya.”
Senyap seketika.
Budak lelaki itu membuka kembali matanya dan ya, Kuro
masih lagi berada di sebelahnya.” WARGhh!!!” dia menjerit.
“woiyo! Terkejut sangat ke?” Kuro tertawa.
“a-apa kau buat kat sini?!” dia cepat-cepat bangun. “selamba je baring kat dalam ni!! kotor la!!!!” dia risau.
“er….terbalik tu. Sepatutnya aku yang tanya kau. apa kau buat tidur kat dalam stor kelas ni? aku tak kisah sangat pasal kotor-kotor ni.” kata Kuro lalu bangkit duduk. Dia menyapu debu di lengannya.
“err..ak-aku tinggal kat sini…” kata budak lelaki itu nak tak nak.
“ohh…patutulah kau cam tak terurus! Rambut pun serabai je…” kata Kuro.
“mintak tolong…jangan beritahu sesiapa…”
“ok, but, ada syarat…”
“huh?” budak lelaki itu hairan. “kau ni memang jenis yang suka mendesak kan? Ok then, name it.”
“apa nama kau?” tanya Kuro.
“hm…ntahla…tak ingat.”
“ala kalau ye pun kedekut nak beritahu tak yah la bagi alasan tak munasabah tu….” Kuro seakan merajuk.
“no. I’m serious. Ak da lama tak berkawan n da lama
tak de sesapa yang panggil nama ak…sampaikan aku lupa nama aku sendiri…” jawab budak lelaki itu jujur.
“ok.” Kuro berfikir sejenak. “how about I give you a name?” katanya tersenyum lebar.
“huh?” Rainy terkejut.
“ok then…I’ll call you Rainy. Boleh?”
“aku tak cakap pun boleh lagi. Rainy? Untuk apa? Dengar macam pelik je. Nama cuaca pula tu.”
“well, bagi aku kau ni pendiam dan sentiasa nampak macam murung, just like rain. But, bagi aku kau juga macam penyembuh sebab hujan membersihkan segala-galanya selepas ia turun. So, for me this name is perfect! It fits you just well!” Kuro seronok menjelaskan.
“Rainy huh? Well, now that I think of it. I sound quite
Nice” budak lelaki yang kini menerima panggilan Rainy memnuji. “oh…and weird.” dia mengerutkan keningnya. Menekan kenyataan yang satu itu.
“sugoi!! tapi, ko tak nak bersiap ker? Ak rasa ada
classmate kita yang dah datang.” Kuro bertanya.
“er..ok..tapi, ko keluar dulu bley? Nak..” Rainy melihat badannya.
“ok! Aku faham! Aku tunggu kat luar.” Kuro tersengih.
Tak lama selepas itu, Rainy pon kuar dari stor tu secara menyelinap. Kelas sesi pertama aritu macam biasa je. Tapi, Kuro tidak lepas dari tertanya-tanya. Kenapa Rainy langsung tidak mahu menegurnya di khalayak ramai? Tapi, apabila mereka berdua boleh pula Rainy berbual. Jadi dia decide untuk bertanya kepada Rainy tentang hal itu pada waktu rehat.

Loceng pun berbunyi menandakan waktu rehat.
“onegai Rainy! Nanyi ko tak nak berborak ngan ak kat
dalam kelas??” kedengaran suara Kuro di sudut yang agak tersembunyi di laman sekolah.
“masa belajar takleh berbual.” Nyata Rainy cuba melepaskan diri.
“duh…I know that! Tapi, time takde cikgu ak tegur ko, ko
wat bodo je..graah geramnya!!! Bagitau la..jangan la rahsiakan dari aku.” Kuro masih tidak mehu melepaskannya.
“ko jangan marah ngan ak plak ye…” Rainy mengalah. Dia sudah tahu perangai budak perempuan itu. Memang dia takkan senang-senang melepaskan sesuatu yang dia hendak. “well, you
see…walaupun style pemikiran kita sama. Ko pandai bergaul dengan orang. Ko ada ramai kawan kat kelas. Bila ko berbual ngan ak, orang akan ingat kita berkawan. Dan mereka akan anggap ko pelik. Ak tak nak musnahkan kehidupan social ko.” Kata Rainy sambil menunduk.

Kuro membisu lalu terus bangun dan terus berlalu…
“kuro!!” Rainy cuba menahan apabila Kuro mula melangkah
pergi. “Ah…aku tahu lambat laun benda ni akan terjadi..Cuma menunggu masa.. ak tau ak takkan mempunyai kawan sampai bebila…tapi aku tak sangka akan secepat nie..setelah ak buat keputusan untuk pakai gelang hitam nie…” bisiknya di dalam hati lalu membelai sepasang gelang hitam yang menghiasi lengan kirinya.
Kemudian kedengaran loceng berbunyi. “haaahhh….sudahlah rehat dah habis..time to get back into class…” bisik Rainy lalu melangkah bangun lemah longlai.
Rainy kembali ke dalam kelas dengan langkah yang berat. Entah mengapa sedih sungguh apabila teringat kejadian Kuro meniggalkannya di taman tadi tanpa berkata apa-apa pun…
Perlahan-lahan dia membuka pintu kelas…tiba-tiba tangannya ditarik dan diangkat tinggi…
“ALRITE GUYS!! AKU NAK ANNOUNCE YANG RAINY NI ADALAH KAWAN AKU MULAI SEKARANG!! IN FACT KAWAN BAIK! ANYONE GOT A PROBLEM WITH THAT?!” Kuro berteriak. Satu kelas memandang ke arah mereka…
“ku..kuro!! apa yang ko wat ni?” Rainy terperanjat dengan
tindakan Kuro.
“listen Rainy. Ak tak kira pasal that damn popularities!
Yang penting ko adalah kawan ak! Mampus lah orang nak kata aku ni pelik ke ape! This is who I am! Dan kawan adalah THE MOST IMPORTANT one! So,janganlah cakap anything yang macam kat laman tadi tue. Onegai….” Kuro menetapkan pendiriannya kepada Rainy.
“em…” rainy tersenyum.
“kejap, kejap…siapa rainy? Budak pelik tu bukan nama dia Sukeshiro ker?” kata seorang pelajar perempuan.
“yalah, hei, budak pelik. Nama kau kan Sukeshiro?” Tetsu mengiyakan.
“tak lagi…Sukeshiro dah hilang. Aku, Rainy! Dan aku adalah kawan Kuro.” kata Rainy tegas.
“kawan Kuro? kau fikir kau tu siapa?” Tetsu menghina. “heh Kuro…aku ingat kau ni normal. Tapi, nampaknya kau ni pun freak macam si Sukeshiro ni…” katanya sambil memandang Kuro. “hahaha!!! Dua-dua sengal!!” dia tertawa, diikuti dengan rakan-rakan sekelas yang lain.
Ianya sekelip mata sahaja, tetapi, apabila semua sel di dalam otak mereka dapat menangkap apa yang berlaku, Tetsu telahpun rebah di atas lantai. Ditumbuk kuat oleh Rainy. Mereka terdiam.
hei kuso! Ak tak kisah dan ambik peduli kalo ko nak
kutuk ak! Tapi, jangan sekali-kali ko berani nak kutuk Kuro! Dan aku bukan lagi Sukeshiro…NAMA AKU RAINY!!! Baik ko ingat benda nie baik-baik dalam pale otak ko, atau bukan setakat gigi ko patah, dengan kau sekali masuk spital..faham?!!” Rainy mengugut Tetsu dengan mencengkam kolarnya.
Tetsu cepat-cepat mengangkat tangannya untuk menghadang mukanya daripada ditumbuk.
Tiba-tiba seorang guru masuk kerana terdengar kekecohan. “hey! Apa yang berlaku ini?” kemudian, dia ternampak Rainy sedang mengancam Tetsu. “kamu berdua, bilik guru. Sekarang!!” arahnya.
“cikgu! Tetsu tak bersalah…Suke…” seorang budak perempuan menyampuk. Tetapi apabila dia baru sahaja mahu menyebut nama sebenar Rainy dia terhenti ketakutan. “n-nanti dia marah…ah! Tak mengapa ada guru disini!” bisiknya di dalam hati. “no, Rainy yang bersalah, cikgu!! Tetsu tak buat pape pun!” dia menyambung ayatnya, menyalahkan Rainy, membela Tetsu.
“R-Rainy?” cikgu itu hairan. “tak kiralah! Ikut saya ke bilik guru!” arahnya tegas.
Rainy melangkah keluar kelas. Di saat itu, setiap orang di dalam kelas itu merasa takut kepadanya.
Aku diceramah dek cikgu sampai beberapa jam sehinggalah sesi persekolah sudah lama habis. Tapi, apa yang mengejutkan aku adalah apabila aku balik ke kelas, aku ternampak sambil tertidur kau menunggu aku.
“kuro…kuro…bangun…dah lambat ni…tak balik ke?” Rainy mengejut Kuro yang tertidur di mejanya.
“huh..urusan kau dah selesai ke…?” Kuro terpisat-pisat
menggosok matanya.
“em..dah..bangun cepat…pergi balik dah lewat…” arahnya.
“em..jom…” Kuro bangun lalu menarik tangan Rainy.
“jom? Jom ke mana?” Rainy pelik.
“baliklah silly!!” Kuro tertawa.
“tapi, aku tinggal kat sini…” Rainy berkata perlahan.
“tak mungkin aku akan tinggalkan kawan aku kat
tempat macam ni dan dalam kesusahan…so, jomlah ikut aku balik rumah. Rumah aku kosong jer…it’ll be nice kalau ad kawan…”
“but…” Rainy cuba memberi alasan.
“no, no! aku kan mendesak? Ko sendiri yang cakap
macam tu…jadi kau tak mungkin akan menang melawan aku.”
“ok..ok..i give up! Jom balik…” Rainy tersenyum.
Itulah permulaan kita menjadi kawan akrab. Esoknya tetiba aku jadi tumpuan sekolah kerana menumbuk Tetsu. Ramai budak start mendekati aku. Lagi-lagi bila ko trim rambut aku. Tapi, aku dah tak pandang diorang. Kerana bagi aku kaulah satu-satunya orang paling penting. Sejak tu aku hanya berkawan dengan kau. Tak pernah berjauhan. Sehingga kita membentuk Wolf Gang…hanya kau yang penting………
“rain..” kedengaran suara seseorang sayup-sayup. “Rainy!!!” kali ini suara itu lebih jelas. Memanggil Rainy.
Rainy terbangun. Dia melihat Kuro berdiri di sebelahnya tersenyum.
“tidur pulak dia. bangun lah..jom makan….” Kata Kuro lalu mencucuk pipi Rainy.
“em…” balas Rainy pendek sambil tersenyum.
Hanya kau yang penting….

Copyright © kurorainyx_darkness territory
Contact (kurorainyx@gmail.com)
This work may not be reproduced, in whole or in part,
In any form without permission from kurorainyx.

No comments:

Post a Comment