HIYA, HIYA, HIYA
Maaflah blog kesayanganku dah lama tak datang sini…
Aku terlalu sibuk dan masa internat aku digunakan untuk berchatting (tabiat buruk)
Aduss…terasa lak der~
Apa pun…
Aku tak tahu apa yang memberi inspirasi kepada aku kali ini. Dan aku rasa takde inspirasi pun…
Tapi aku Cuma nak cerita tentang ayat ni…(aku yang cipta! Copyright © kurorainyx!!)
“when you made friends, you give them a knife at the same time. Later on, you’ll see whether they’ll use that knife to protect you or betray you” (English)
“apabila kau berkawan baru, kau beri mereka pisau pada waktu yang sama. Kemudiannya, kau akan lihat samada mereka akan gunakan pisau itu untuk melindungi kau ataupun mengkhianati kau” (Bahasa Melayu)
Pada pendapat aku, apabila aku berkawan, jangan terus beri mereka kepercayaan. Lihat bagaimana perangai mereka dan perwatakan mereka. Manusia adalah pelbagai…ada muka baik tapi hati lebih hitam dari dakwat cina, ada juga muka macam samseng jalanan tetapi hatinya lebih baik daripada sesetangah umat manusia…
Tapi, walaupun kita dah berkawan, kita masih perlu berjaga-jaga…manusia berubah. Kawan juga boleh makan kawan atas ketamakan sendiri…itu, kita kena ingat. Berterus terang…tetapi janganlah keterlaluan…pahitnya pengkhianatan…akan diingati seumur hidup…
Tapi, jangan salah menilai…mungkin antara kawan2 korang, salah seorang dari mereka adalah penelan pahit, penyumbang manis…segalanya adalah mengikuti penilaianmu…
No comments:
Post a Comment