Sunday, August 1, 2010

DAY 8-THE DAMNED TRAPS


“hurh…arini keajaiban lah. pukul 7.50 dah sampai sekolah.”
Kei menggeliat di tempat duduknya.
“ye lah awal gile!” Ryu menyeringai.
“you called this early? it’s only 10 minutes before the bell rang…shesh..u guys are unbelievable! But then, it really is a miracle.” Renji menyampuk.
“what…? Er…I tak not faham2 what yang you cakap ar Renji…” blas ryu gagap. Nyata dia tidak mahir di dalam bahasa Inggeris. Hanya simple words tahulah dia.
“dia kata kita taklah awal sangat…lagi 10 minit je nak bunyi loceng. Shesh…ko sengal ar Ryu!!” terang Kuro dengan translation yang sedikit sesat.
“apa?!! Berani kau cakap aku sengal Renji?! KUROSU!!!” Ryu bengang dan percaya apa yang Kuro katakan bulat-bulat.
“hey, don’t trust Kuro!!! I didn’t say that!! I swear! She just made that up!!” Renji membela dirinya.
“apa dia cakap kuro?” tanya Ryu.
“aku sumpah apa yang kuro cakap tu btol…” kata kuro tenang
lalu menyumbatkan sebiji gula-gula ke dalam mulutnya.
“eh? Dia cakap panjang, asal kau cakap pendek je?” ryu mula ragu.
“English memang camtu…hehehe…” Kuro menyeringai.
“renji!!!! Kau memang cari mati lah!!!! Ambik ni!!!” Ryu terus percaya dan mengajukan penumbuk kepada Renji.
“wargh!!! Mommy!!!!!!!!” Renji dengan spontan menghadang
mukanya dengan kedua-dua tangannya. Dia menutup mata menanti kesakitan yang bakal datang.
Beberapa saat berlalu dan tiada apa-apa berlaku. “huh I’m alive?” Renji membuka matanya.
Kelihatan Micky mencengkam lengan Ryu. “dah la tu,Ryu. Kau kena kencing je dengan Kuro. Renji cakap kita taklah cepat sangat. Kita ni pelik tapi, memang keajaiban lah kita tak datang lambat.” Micky memberi translation yang sebenar-benarnya.
“hah?!!! Betul ke Kei?!” tanya Ryu terperanjat.
“yap.” Tenang kei mengiyakan.
“asal kau tak cakap awal2?!” ryu membentak.
“pepagi tengok drama best gak so, malas ar nak cakap apa2” kei tenang menjawab.
“wargh!!!! Tak guna kau kuro!!!!!!!!!!” ryu seperti mahu menerkam Kuro.
“hahahahaha!!!! Percaya cakap aku bulat2 siapa suruh?!! Hahahah!!!! Adui, senak perut ketawa!!” Kuro menekan perutnya dan ketawa besar.
“grrr!! Aku akan bunuh kau!!!” Ryu semakin baran.
“ryu..dah la tu…” Syn tenang menghentikan Ryu.
ur…um…” Ryu menurut lalu duduk di tempatnya. Menjelirkan lidah kepada kuro sebentar.
“kuro!! You are mean!! How could you?!” Renji memarahi Kuro.
“whoa! Cool down dude! Just a joke man, kinda bored and
want to find something to play.” Tenang Kuro mejawab sambil tertawa.
“my life you mean? I could’ve die back then!”
“and you’re not. Look, still healthy enough to nag me.”
“huh! You’ll never changed…” renji mengeluh lalu bergerak ke tempat duduknya. Lepak lama-lama dengan budak berenam itu, mau gila jadinya.
Baru sahaja renji melabuhkan punggungnya, beberapa bilah pisau keluar dari siling menuju tepat ke arah kepala Renji. Kuro yang ternampak kejadian ini dengan pantas menjadikan bahu Rainy sebagai loncatan. Dia melompat ke atas Renji dan menghadang pisau itu daripada terkena Renji dengan tangannya. Akan tetapi, kakinya tiada tempat untuk berpijak. Lantas tubuhnya menghentam meja dan lantai kelas. Satu kelas terdiam melihat keadaan Kuro yang terlantar di atas lantai.
“Omg! Kuro! You alright?!” tanya Renji panik.
“argh….” Tiada jawapan yang diperolehi…Kuro hanya mengerang sebagai balasan…
Rainy yang menyaksikan kejadian itu pantas berlari ke arah
Kuro yang masih terbaring di atas lantai. Hatinya sakit apabila
melihat ada tiga bilah pisau tertusuk dalam pada lengan Kuro dan
cecair merah yang menitis, mengotori lantai kelas.
“Kuro! Dah…kita ke nurse’s office sekarang juga!” kata Rainy sambil mengangkat Kuro.
“nanti Rainy…hey Renji you alright man?” tanya Kuro masih
mengingati kawannya itu.
“I’m fine! I’m fine! Now go!” arah Renji cemas melihat tangan Kuro yang masih berdarah.
“nah…letakkan aku Rainy…oh..come on Renji. Just a scratch…no need to make such a big fuss out of it…hehehe” balas Kuro sambil sempat ketawa.
“a scratch…kau gila apa?! Ini pisau! Pisau tahu tak?! Dah Rainy, aku tak kira dia ni ketua korang ke apa! Pergi bawa dia ke bilik rawatan!!’ perintah Renji yang marah melihat Kuro tercedera
akan tetapi lebih mementingkan dirinya. Satu kelas terdiam. Malahan Kuro yang cedera itu pun terdiam sama. Satu kelas terkejut.
“what is it? Why did you guys gone quiet all of the sudden?” kata Renji pelik.
“renji!!! You just are talking in Malay! For my sake?! I’m so proud of you!!” jerit Kuro sambil bertepuk tangan. Bukan senang mahu membuatkan Renji bercakap di dalam bahasa melayu semenjak Renji menjadi ketagih dengan bahasa Inggeris itu.
“adoi! Adoi…doi! Tangan aku…jom ar Rainy. pergi bilik rawatan.” Ajak Kuro. menepuk tangan dengan tiga bilah pisau tercacak memang satu langkah yang sengal.
Di hujung blok itu, kelihatan satu bilik yang jelas tertulis ‘Bilik rawatan’ di luarnya. Hari itu, bilik itu dipenuhi dengan 6 orang students.
s-sa-sa-SAKIT!!! PEDIH! PEDIH!!” kedengaran seseorang menjerit.
“Ai, tadi dah macam hero…ni letak ubat pun sakit?” Sindir Kei. Masing-masing termasuklah kei marah kerana Kuro tercedera.
“Diamlah Kuso! Pedih gila babeng nih!!” Jerit Kuro. sempat lagi memaki tu.
“Apa kuso-kuso ni? Tak elok! Amik ni. Balas Kei sambil menekan Cotton bud. Dengan sengaja kepada luka Kuro.
“a..aaa…sory..sory… “ Kuro hampir sahaja mahu menangis.
“tulah lain kali jangan berlagak hero…” nasihat kei
“heroin lah, kei.” Syn membuat pembetulan.
“Wei ketot! Biarlah panggil hero! Heroin tu cam bunyi dadah
je.” Marah Kuro.
“Yelah…yelah..” balas Syn malas nak melayan. Susah betul kalau nak menang dengan Kuro. Asyik dia je betul tak sudah.
“Tapi Kei…Renji dalam bahaya! Kau pun tengok kan?
Walaupun pisau tu kecil tapi kalau kena kepala dia. Sah mati! Siapa la bangang sangat wat perangkap kejam tu!” Marah Kuro beremosi.
“Ok ar Kuro aku keluar dulu. Aku tak suka ar bau ubat.” Kata Syn. Sememangnya dia amat membenci bau ubat dan persekitaran orang yang sakit.
“Emm…babai!! Hati-hati ye!!” Lambai Kuro.
“Wai…Kuro dia cuma nak keluar la. Bukan nak melancong
Ke hape.” Kata Ryu. Dramatic pula Kuro ni.
Beberapa jam kemudian…
Tak semena-mena…
woi! Bla! Blah! Tepi!!!!!”Terdengar seseorang menjerit di luar.
“Weih, pehal tu? Bising semacam je…”kata Micky hairan.
“Huh?!” tiba-tiba Rainy tersentak. “Kei! Bangun dari katil tu!”
Arah Rainy tiba-tiba.
“Orait! Tapi, nape?” Tanya Kei pelik dan terus melompat
turun dari katil pesakit di sebelah Kuro.
“Sesiapa je yang kat luar tu akan masuk dalam bilik ni jap
lagi.” Terang Rainy tenang. Tetapi dahinya berkerut. Dia rasa tak sedap hati.
Memang tepat dengan jangkaanya, dalam beberapa saat pintu
bilik rawatan di tendang. Terkejut mereka bukan kepalang
apabila melihat seorang lelaki sedang mendukung Syn. Syn
kelihatan pengsan dan badannya dilumuri darah.
“Syn!!! Kenapa dengan dia?!” Jerit semua Wolf gang yang
Berada didalam bilik rawatan tu. Rainy mengetap gigi.
“Sesiapa…tolonglah…rawat dia…! Cepat!” Jerit budak lelaki
yang mendukung Syn itu.
Letakkan dia kat atas katil tu. Biar aku yang rawat dia.” Kata Kei dia terus menyarungkan sarung tangan doktor. Kepakarannya dalam perubatan boleh dipercayai walaupun dia hanya seorang pelajar.
“Benda ni dah semakin pelik. Aku tak boleh libatkan ramai
Orang lagi. Nasib baik Kuro baru sahaja tertidur kesan daripada ubat tadi. Kalau tak mesti dia akan mengamuk. Tak kira tangannya
masih cedera atau tidak dia mesti akan bangun dan cari dalangnya sampai mati.” Kata Rainy dalam hati.
“Anyway…cikgu…”kata Rainy kepada guru yang bertugas di dalam bilik itu.
“Hah? Ye…?” Guru perubatan yang tergamam melihat
kejadian itu terkejut apabila tiba-tiba ditegur Rainy.
“Takpe cikgu…biar kami yang atasi masalah ni…cikgu tolong
keluar…” Kata Rainy.
“Tapi…saya…err…baiklah…”walaupun pada mulanya cikgu tu
keberatan mahu meninggalkan tugasnya akan tetapi apabila melihat air muka Rainy yang tegas itu dia terus bersetuju.
Sambil memikirkan punca semua ni berlaku dengan tiba-tiba. Rainy menutup pintu dan menarik langsir pintu bagi mengelakkan pandangan orang ramai.
“Kei, kenapa ngan Syn? Teruk ke kecederaan dia?” Tanya Rainy bimbang melihat keadaan Syn.
“empat luka yang dalam kat perut dia. Agak teruk tapi, dia nasib baik sebab tak kena organ penting.” Kei memberi diagnosisnya.
“Aku tak rasa dia bernasib baik. Syn paling hebat dalam wat sneak attack kan? Jadi dia memang pandai dalam kedudukan organ manusia. Aku rasa dia sempat mengelak dari terkena organ penting je. Tapi, tak sempat nak selamatkan diri.” Terang Rainy meneka keadaan.
apapun…wahai jejeka misteri yang berani mendukung ahli kami yang tercedera tanpa bimbang kami akan menyerang kau jika tersalah anggap…Siapa kau dan kenapa kau ambil berat sangat pasal Syn?” Tanya Micky kepada lelaki yang duduk di penjuru bilik sambil menundukkan wajahnya. Dari nada suaranya ternyata dia mula hilang sabar.
Lelaki misteri tadi hanya mendiamkan diri.
“WOI! KITORANG TENGAH TANYA KAU NI!! JAWABLAH!!” Terkam Ryu sambil mencengkam kolarnya. Ternyata kecederaan Syn memberi tamparan hebat kepada Ryu.
“Sob…ryu-kun….uwaaa!!!” tiba-tiba lelaki tu menangis teresak-esak sambil memeluk Ryu.
“Sa…sakurai?”! Ryu menjerit terkejut.
“Sakurai?! Biar betul mamat yang dukung dan tendang pintu tadi?!” Jerit Rainy, Micky dan Kei terkejut.
[nota penulis : kalau pembaca masih ingat, Sakurai adalah seorang yang lemah lembut dan penyayang. Rujuk Day 3]
“Err…Sakurai…dahla..jangan nangis…apapun boleh tak kau ceritakan apa yang berlaku?” Pujuk Micky.
“Camni. Masa saya baru je keluar bilik air saya ternampak Syn. Cam biasa saya pun nak pergi kat dia. Tapi, tiba-tiba dia meluru ke arah saya. Mulanya saya hepi gila ah. Dia melompat depan saya dan dalam sekelip mata je Syn da terbaring depan saya…berlumuran darah…urr…sob…sob…sob…dia pegang pipi saya dan cakap pesanan untuk korang…hati-hati…diorang dah…mula…”cerita sakurai dalam esakan.
“Hati-hati? Diorang dah mula? Apa maksudnya tu Sakurai?” Tanya Rainy hairan.
“Tak tahu…lepas cakap tu Syn terus tak sedarkan diri…saya takut sangat. Tanpa saya sedari saya dah mengangkat dia dan bawa ke bilik ni. Ur..urr…darah Syn…masih terasa lagi kat pipi aku…”balas Sakurai. mukanya tampak ketakutan. Dia merenung tangannya yang masih berlumuran darah.
“Dah…dah…mari aku bersihkan muka kau tu…”kata Micky. Dia membawa sakurai keluar ke bilik sebelah. Dia faham kenapa Sakurai begitu takut melihat keadaan Syn. Sejak dia diselamatkan oleh Syn, dia menjadi begitu obses dengan Syn. Bagi dia Syn adlah idolanya…seglanya…kalau tak dia pasti masih terperangkap di rumah tu dan didera sepanjang hidupnya.
“Tiba-tiba…
“Prang!!!”
Kedengaran bunyi kaca pecah di bilik sebelah. Micky terkejut tapi masih boleh mengawalnya. Dia menyuruh Sakurai duduk ke situ dan jangan masuk ke bilik rawatan walau apa pun yang terjadi. Dia dapat rasakan yang sesuatu yang teruk telah berlaku. Dia terus meluru keluar. Apabila dia membuka pintu bilik sebelah apa yang sempat dia lihat hanyalah serpihan kaca yang berselerak di merata tempat dan Ryu yang telah rebah di pangkuan Kei. Ada empat orang misteri sedang berdiri di tingkap bilik rawatan itu.
Haih…camni senang lah keje…kejap je dah 3 kita kalahkan…wei betul ke maklumat yang katakan diorang ni hebat?” Kedengaran salah seorang daripada mereka bersuara.
“Yosh…jomla abiskan kerja…nanti ketua marah.” Balas lagi seorang.
“Eh…eh…yang namanya Rainy tu. Apasal awal-awal lagi dah tunduk? Ah~~ aku tahu menggeletar sebab ketakutan ya? Kesian…”seorang daripada mereka mengejek.
“Ini ke yang Syn maksudkan dengan diorang dah bermula?” bisik Rainy dalam hati. “A…a..AKU AKAN PASTIKAN KORANG MATI!!!! TERUTAMANYA KAU KATANA!!!!” Jerit Rainy sambil menunjuk kepada orang yang berdiri di tengah. Kemarahannya dah tak tertahan lagi.
“Katana?! Apa maksud kau Rainy?” Tanya Micky pelik.
“Oh! Make sense! Jadi yang lain adalah Setsu, Mayu dan Genzo! Betul tak?!” Tekan Kei sambil menunjuk ke arah yang lain.
“Ah…betullah korang yang tinggal ni semua yang bijak2 belaka…tak macam diorang ni. Sorang cukup bodoh korbankan tangan untuk mamat gila English yang pelik, sorang lagi si bodoh yang korbankan diri nak selamatkan pondan tu dan sorang lagi memang senang sangat nak dikalahkan. Heh…” ejek Katana.
“Kau takkan faham! Orang-orang macam kau ni takkan dapat faham apa itu makna kawan sejati!!” Marah Kei.
“Kau Mayu! Kau kata kau suka Ryu tp, tengok apa yang kau dah buat pada dia.” Marah Micky.
“Eh, sebab aku sayang dialah aku Cuma pengsankan dia. Kalau tak dah lama dia akan terlantar kat sana tu macam kawan kau si Syn tu. Pandai betul dia mengelak perangkap aku. Dia sepatutnya mati tahu tak?” Balas Mayu.
“Oh..ni ye gang leader kau. Tak malu ke lima orang lelaki tunduk pada arahan seorang perempuan?” Kata Setsu sambil mendekati katil dimana Kuro sedang lena.
“Ahh…muka ni tak sesuai la. Apa kata kalau aku bagi ‘tanda’ sikit?” Genzo menghalakan sekeping kaca yang pecah ke muka Kuro.
“Oh..parut mesti nampak bagus dengan diakan? Barulah nampak macam sorang fighter. Lagipun, apa yang si lemah lembut dan si ulat buku tu boleh buat? Rainy maybe kuat tapi dia pun terlalu jauh untuk berbuat apa-apa so, tunggu apa lagi Genzo…? Silakan…”Katana menyokong.
Betul-betul seinci lagi kaca itu akan mencecah kulit Kuro, tangan Genzo dalam sekelip mata sudah terpasak ke dinding. Kelihatan sebilah pisau putih berkilat dikotori darah dari tangan Genzo.
“Genzo! Siapa yang…?!”jerit Mayu terkejut. Dia menoleh ke arah ahli Wolf Gang yang tinggal.
“Memandang rendah aku…korang tentunya sudah
menggali kubur sendiri?!” Micky menyeringai.
Kelihatan di tangan Micky empat bilah pisau putih yang berkilat. Rambutnya sudah elok diikat ke belakang. Nampaknya dia betul-betul marah. Personality jahatnya telah mengambil alih atas kehendak dirinya sendiri!!
“micky, kau pasti?” tanya Kei.
“herh…selama ni aku bersusah payah hendak muncul
dan mengganas. Tapi hari ni Micky dengan rela hatinya membiarkan aku lepas. Harh…peluang keemasan! Tambahan lagi ada empat lipas yang rela untuk dijadikan permainan aku!” nampaknya Micky telahpun bertukar personality dan personality yang berkuasa sekarang tentunya yang dahagakan darah dan kejam.
“kau tau tak Micky…bila kau dah bertukar macam ni
banyak lark kau bercakap. Yosh! Abiskan diorang dan pastikan kita akan beri Kuro, Syn and Ryu berita baik!” Rainy menyeringai dan menyindir Micky.
“hah! Cakap aku…kau tu Mr.hot shot bila dah bengang
pon banyak bunyi! Jom je lah abiskan diorang.” Micky menyindir rainy pula.
well, kalau korang nak tahu…korang berdua banyak
cakap bila dah baran. Banyak bunyi.” Kata Kei dalam hati. “Same je dedua…” bisiknya perlahan.
“apa kau cakap?!” tiba-tiba Micky menyergah.
“aku dengar tu!” sampuk rainy pula.
“eh?! Eh?! Mana ada…” Kei malas nak mencari gaduh pula.
“kau jangan nak mencabar aku…” Micky mula menghampiri.
Akhirnya mereka bertiga bertekak sesama sendiri dan terus melupakan kewujudan musuh mereka yang sebenar.
kuso!!! Kitorang ni la musuh ko!!!” katana menyumpah marah.
“dilayan….” Genzo bagai tidak percaya.
kuso! Kuso! Kuso! Mayu! Serang diorang skang! Time perhatian diorang teralih tu!” katana memberikan arahan.
yosh!” dengan pantas Mayu menurut.
Mayu sorang yang pantas bergerak. Jadi dia dengan sepantas kilat sudah berdiri di belakang mereka. Akan tetapi, Kei tidak kelihatan di situ.
mana…” baru sahaja dia mula bersuara.
“heh…terlalu lembab!” Kei menyeringai di belakangnya.
“marilah lawan dengan aku! Kalau kau jantan takkan nak
3 lawan 1?” mayu mencari helah. Apa saja untuk meningkatkan peratus kemenangannya. Dia memandang kei alalu melompat kebelakang. menjarakkan diri.
“fine…fine…micky and rainy…you guys mind?” kei berserah.
“yea…yea…we’re back off from your fight.” Mereka berdua melangkah setapak ke belakang.
“dah? Puas hati?” kei menyindir.
“come on la! Berani ke kau pukul perempuan?!” Mayu meluru ke depan dan cuba nak menikam pisau yang disembunyikan dalam jubahnya pada Kei. Tapi, dengan mudah Kei mengelak dan berdiri di belakang Mayu. Mayu tersenyum sinis dan menendang ke belakang. Tendangannya terkena kepala Kei. Kei rebah di situ juga.
heh…kerja mudah…tapi aku tak slahkan kau. Aku ada
pasang pepaku kat kasut aku. Lagipun kelemahan utama semua lelaki adalah perempuan. Lelaki…mana berani pukul perempuan. Heh…” mayu berpuas hati dengan serangannya.
“think so?”
Mayu terperanjat apabila mendengar suara Kei di belakangnya. Dia lantas menoleh. Tetapi tiada sesiapa di belakangnya.
kau terlalu perlahan, perempuan. Aku di belakang kau.” kei berbisik.
“hah?!” Apabila Mayu menoleh kebelakang Kei memang sudah berdiri di situ. Kepalanya berdarah, mengotori mukanya akan tetapi dia tersenyum sinis. Mayu tiba-tiba rasa takut. Kakinya menggeletar. Sesuatu tentang pandangan mata Kei dah berubah, dia tak serupa dengan Kei yang dikelas.
kau tahu…Kuro dah jadi ketua kami selama yang aku
ingat…dia kasar dan tak macam perempuan langsung. Tapi, ada sesuatu tentang dia yang buatkan aku percaya pada orang lain semula. Dia buatkan aku rasa yang aku mesti lindungi kawan-kawan aku. Walaupun aku sendiri terkorban…” kei berbisik perlahan tetapi cukup untuk didengari oleh Mayu.
“a..apa yang kau merepek ni?! Lindungi kawan walaupun
diri sendiri terkorban?! And bagus sangat ke lelaki tunduk kepada perempuan?! Even aku perempuan aku rasa lelaki lebih layak mengetuai aku! Kau ni bodoh ke apa?! Hahaha lawak!! Nak pukul aku pun tak berani, ada hati nak lindungi kawan! Diorang bertiga terlantar kat sana tu atas kebodohan diorang sendiri! Kau tengok Ryu, dia bodoh untuk hadang panah aku! Kau tahu tak sepatutnya kau yang terlantar kat situ Kei?! Hahaha!” Mayu tertawa seolah-olah telah hilang kawarasan.
Satu tumbukan singgah di perut Mayu. Mayu terus melutut di atas lantai di hadapan Kei.
jadi kau anggap lindungi kawan tu bodoh ye? Aku
dapat berdiri sekarang dan balas dendam terhadap kau kerana Ryu lindungi aku. Tengok so called kawan-kawan kau. Ada diorang tolong kau walaupun kau dalam kesakitan? kau tahu Mayu…ada kebaikan aku diketuai seorang perempuan. Kuro, seorang perempuan yang cukup kasar dan aku selalu bertumbuk dengan dia. Dan aku sentiasa melepak di sekeliling dia sampai aku dah tak peduli perbezaan antara lelaki dan perempuan. Bagi aku semua sama sahaja. Kau silap apabila kata aku takut memukul perempuan. Adakah aku dah layan kau terlalu baik bersama dengan perempuan lain di dalam kelas? Heh…well perempuan, ni untuk Kuro, Syn dan especially Ryu.”
Habis saja Kei berbicara dia menendang Mayu tepat pada perutnya. Mayu ditendang kebelakang dan menghentam dinding bilik rawatan. Darah mengalir dari mulutnya. Nampaknya dia tak sedarkan diri.
“alright Kei! Now, dah even 3 lawan 3, lets the real
fight begin. Kau akan menyesal memandang rendah kitorang Katana…” rainy mengepal penumbuknya.
Mereka merenung lawan mereka dengan penuh dendam…

No comments:

Post a Comment