Saturday, January 9, 2010

one litre of tears

One litre of tears adalah drama japan based on real life story. cerita ni pasal seorang budak perempuan yang tanpa disedari menghidap satu penyakit yang sangat berbahaya. aku lupa namanya tapi penyakit ni sedikit demi sedikit akan menghentikan sistem badan kita dan setakat ni belum ada penyembuhnya. budak perempuan ni seorang yang amat sporty tapi kerana penyakitnya dia hadapi masalah dari segi penglihatan yang semakin kabur, dan daya keseimbangan yang semakin bercelaru. tetapi yang bagusnya pasal cerita ni budak perempuan tu sikitpun tak give up walaupun dia tahu ajal dia nak nak dekat. malahan dia merancang untuk nikmati segalanya dalam masa yang terhad. pendek kata dia memang sangat tabah. kalau korang fikir hidup ni sia-sia korang semua patut tengok drama ni dan sedarkan diri kau betapa beruntungya korang semua hidup dalam keadaan yang baik. dan kalau fikir dalam drama ni ada miracle yang perempuan tu somehow terselamat korang salah...beberapa bulan lepas dia tahu pasal penyakit itu and life to the fullest dia meninggal. meninggalkan kawan-kawan dia, family dia...tapi, semua orang yang rapat dengan dia tahu dia tak pernah menyesal dapat penyakit ni dan gembira di saat-saat akhir kehidupannya. malahan, dia terus bersekolah sehinggalah keadaan dia sangat kritikal. walaupun dia selalu dicemuh sebab orang kata dia cuai dan sebagainya dia tak pernah salahkan orang lain.

No comments:

Post a Comment